Mee kari Sedap ( hidangan untuk 6-7 orang dewasa )
Bahan-bahan :
300 gram mee kuning (dicelur dan ditoskan)
1/2 kg kerang (direbus dan dikupas kulitnya)
20 ekor udang sederhana besar
1 mangkuk isi ayam
2 keping fishcake dipotong nipis / 10 biji bebola ikan (dibelah dua)
2 cawan santan pekat
2 sudu besar cili kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu besar rempah kari daging
3 cawan air rebusan udang
3 tangkai daun kesum
2 tangkai daun kari
1 ketul kiub ayam
Garam secukup rasa
Untuk hiasan - telur rebus, tauhu goreng, sawi celur, taugeh, cili merah, lemon/limau kasturi, timun, daun sup dan bawang goreng.
Cara-cara menyediakan :
1. Buang kulit udang dan bersihkan. Selawat. Rebus kulit udang dengan 3 cawan air. Air rebusan udang digunakan sebagai pemanis kuah.
2. Potong ayam mengikut citarasa anda. Sebaik-baiknya seketul sekali suap kan. Tak payah dah nak potong-potong lagi. Potong fishcake atau fishball.
3. Bawang merah dan bawang putih ditumbuk atau kisar untuk menumis.
4. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawnag putih sehingga garing. Masukkan rempah kari. Kacau sehingga naik minyak. Masukkan cili kering. Tunggu sehingga cili garing. Lebih kurang 10 minit dengan api sederhana.
5. Masukkan ayam. Kacau sehingga separuh masak isi ayam. Kemudian masukkan santan. Apabila telah naik bau (lebih kurang 10 min). Masukkan fishball/fishcake, udang dan kerang.
6. Masukkan air rebusan udang. Tambah air mengikut citarasa anda. Dua atau tiga cawan. Bergantung kepada kepekatan kuah.
7. Masukkan daun kesum dan daun kari sebagai penambah rasa. Saya rasa ini yang membuatkan mee kari sedap (eceehh) ini lain dari yang lain. Rasa daun kesum dan daun kari membuatkan mee ni sedap bagi saya.
8. Masukkan garam mengikut citarasa anda. Tak lupa kiub ayam. Kacau sehingga mendidih. Kemudian bolehlah ditutup api.
Semasa menghidang boleh ditabur dengan ulam hiasan. Kalau tak makan tak perlu bubuh. Ambil yang dimakan sajalah kan.
Psssttt... bila dirujuk Mee Kari tok guru. Rupanya Mee Kari saya tahap sempoi ja. hikhiikk.
No comments:
Post a Comment