Lauk Nasi Dagang
2 ekor ikan tongkol ( 2 kilo ) potong bulat
3 cawan air
5 keping asam keping
Rebus sehingga air agak kering.
3 paket rempah nasi dagang ( cap puteri ayu )
8 cawan santan ( 2 biji kelapa )
2 sudu besar gula
4 sudu kecil garam
5 sudu besar bawang kisar ( campuran bwg besar, halia dan bawang putih )
Cili padi ikut kesukaan masuk dengan tangkai2nya sekali
Masukkan santan kedalam periuk. Masukkan rempah serta bawang kisar.
Masak sambil di kacau sekali sekala sehingga mendidih. Masukkan garam dan gula sedikit demi sedikit.
Rasa dulu mengikut selera sendiri. Masukkan ikan rebus tadi dengan asamnya sekali.
Masak sambil di kacau sekali sekala sehingga pecah minyak dan sedikit pekat.
( Minyaknya cuma sedikit saja yang terkeluar )
No comments:
Post a Comment