Bahan [diparut halus/potong kecil]
10 biji mangga muda
1 batang timun
1 batang carrot
2 s/b udang kering [tumbuk]
5 ulas bawang merah
2 s/b lada hitam [tumbuk]
1 ekor ikan bakar [ambil isi saja]
1 cawan santan pekat
garam & gula
Cara:
Gaulkan semua bahan dan rasakan garam nya
GORENG KACANG PANJANG & CARROT
bahan
5 batang kacang pannjang [potong pendik]
1 batang carrot kecil [potong panjang]
3 kelopak kobis panjang atau kobis biasa
2 keping tahu putih [potong kecil]
100 gm udang hidup [buangkan kulit]
3 ulas bawang merah ]
1 ulas bawang putih ] mayang
1 biji cili merah ]
minyak untuk tumis
garam
air sikit
cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mayang.
2. Masukkan udang, kacang dan carrot.
3. Masukkan kobis dan garan serta sedikit air.
4. Kacau rata dan tutp sebentar.
5. BIla nampak sayur layu bolehlah dihidangkan.
SAYUR REBUS BAYAM DAN KELEDEK
bahan
250 gm bayam hijau
100 gm keledek
1 s/b udang kering
1 biji cili merah ]
secubit belacan ] tumbuk hancur
1 labu bawang besar [mayang]
garam
air secukupnya.
cara
1. Daun bayam dan keledek di potong kecil dan bersihkan.
2. Masukkan semua bahan kecuali daun bayam dalam periuk dan masakkan sehingga mendideh.
3. Masukkan daun bayam dan biarkan mendideh semula.
4. Rasakan garamnya dan hidangkan.
GULAI CILIAPI PISANG MUDA
Bahan-bahan
1 sikat pisang muda [pisang emas/lemak manis]
1 gengam ikan bilis
3 cawan santan pekat
2 cawan air
2 helai daun kunyit
garam
Bahan mesin
15 biji ciliapi 1 inci kunyit hidup
3 ulas bawang merah
Cara
1. Pisang dibuangkan kulit dan potongkan nipis. R
2. Rebuskan dengan garam sehingga mendideh dan toskan.
3. Masukkan bahan mesin, ikan bilis dan pisang yg direbuskan dengan air dan renehkan sehingga mendideh.
4. Bila mendideh masukkan santan pekat dan daun kunyit.
5. Kacau supaya tidak naik minyak sehingga nampak mendideh sekali lagi.
6. Rasakan garam dan bila dah mendideh tutup api dan hidangkan.
PAJERI BOMBAY NENAS akan TUMIS AIR SAYUR NENAS
Bahan-Bahan:
1 biji nenas yang sederhana besarnya
1 biji carrot kecil [ hiriskan kecil]
2 sudu besar gula
3 biji cili merah [hiriskan]
2 biji cili hijau [hiriskan]
1/2 cawan air
Garam dan serbuk perasa secukup rasa minyak untuk menumis
Bahan Tumis
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 biji bunga pelaga
1 kuntum bunga lawang
1 labu bawang besar [mayangkan]
2 ulas bawang putih [mayangkan]
1 inci halia [mayangkan]
Cara:
1. Nenas dikupas kulitnya kemudian dibersihkan matanya dan dipotong kecil.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan air,gula dan garam.
4. Bila telah mendideh masukkan nenas, cili merah dan hijau.
5. Biarkan mereneh sehingga mendideh dan rasakan garamnya.
6. Bila telah masak hidangkan bersama nasi minyak atau beriani.
GULAI CILIAPI REBUNG DAN DAGING/PERUT
Bahan-bahan
500 gm rebung jeruk
300 gm daging [potong kecil]
3 cawan santan pekat
12 batang serai [ketuk]
2 cawan air
garam
Bahan Mesin
20 biji cili api
3 ulas bawang kecil
2 cm kunyit hidup
Cara Memasak
1. Masukkan bahan mesin, serai, daging , rebung dan air dan didehkan perlahan sehingga daging lembut.
2. Bila dah mendideh dan daging lembut masukkan santan dan garam.
3. Kacau supaya tidak naik minyak dan bila dah nampak pekat/elok masak boleh tutup api.
4. Hidangkan dengan nasi putih.
GULAI CILIAPI PISANG MUDA
Bahan
1 sikat pisang muda [pisang emas/lemak manis]
1 gengam ikan bilis
3 cawan santan pekat
2 cawan air
2 helai daun kunyit
garam
Bahan mesin
15 biji ciliapi 1 inci kunyit hidup
3 ulas bawang merah
Cara
1. Pisang dibuangkan kulit dan potongkan nipis. R
2. Rebuskan dengan garam sehingga mendideh dan toskan.
3. Masukkan bahan mesin, ikan bilis dan pisang yg direbuskan dengan air dan renehkan sehingga mendideh.
4. Bila mendideh masukkan santan pekat dan daun kunyit.
5. Kacau supaya tidak naik minyak sehingga nampak mendideh sekali lagi.
6. Rasakan garam dan bila dah mendideh tutup api dan hidangkan.
MASAK LEMAK CILIAPI TEMPE DAN PUCUK PAKU
Bahan
1 ikat pucuk paku
1 bungkus tempe
1 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
sedikit ikan bilis atau udang kering
bahan mesin
15 biji cili api
2 ulas bawang merah
1/2 inci kunyit hidup
garam
Cara.
1. Asingkan pucuk paku dari tangkainya dan bersihkan. Toskan.
2. Tempe di potong kecil tetapi panjang.
3. Masukkan semua bahan kecuali santan cair dan masakkan sehingga mendideh.
4. Bila dah mendideh, masukkan santan peekat dan rasakan garam. Sentiasa kacau supaya kuah tidak naik minya.
5. Bila dah agak mendideh, tutup api dan hidangkan bersama nasi putih dan ikan goreng.
Memang sodapppppp wooooo...
SAMBAL GORENG TERUNG PIPIT DAN IKAN BILIS
1 cawan terung pipit [buangkan tangkai dan basuh...goreng dalam minyak dan toskan]
1 cawan ikan bilis goreng
Sambalnya...
1 cawan cili mesin
2 labu bawang besar }
2 ulas bawang putih } mesin
sikit belacan..jika suka }
1/2 cawan air asam jawa
Cara memasak..
1. Tumiskan sambal sehingga garing dan masukkan air asam jawa.
2. Bila dah naik minyak dan pekat baru masukkan ikan bilis daan terong pipit tadi.
3. Hidangkan bersama nasi panas...ikan goreng dan sayur lemak kobis...
TERUNG GORENG
Terung panjang ..dipotong 2 dan belah 2
garam
kunyit
cili mesin sket + baw. putih tumbuk
Gaul semua bahan [macam gaul ikan goreng] pastu goreng dalam minyak panas yg banyak..
Bila sudah garing dua2 belah tu angkat dan hidangkan..
makanlah dgn sup tahulembut ke...atau makan ngan bubur nasi pun okey gak..
PERIA TUMIS LEMAK
Bahan:
1 biji peria
3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putuh
100 gm udang
1/2 cawan santan pekat
garam
minyak
Cara
1. Peria dibelah 2 dan buangkan biji pastu hiris kasar..rendam air garam dan toskan
2. Mayang bawang kecil dan bawang putih...
3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang sehingga wangi..
4. Masukkan udang yang dah dibuang kulit..biarkan masak skit..
5. Masukkan peria..biar layu skit
6. Masukkan santan pekat..garam dan biarkan mendideh..
7. Angkat dan hidangkan..
SAYUR REBUS BAYAM DAN KELEDEK
bahan
250 gm bayam hijau
100 gm keledek
1 s/b udang kering
1 biji cili merah ]
secubit belacan ] tumbuk hancur
1 labu bawang besar [mayang]
garam
air secukupnya.
cara
1. Daun bayam dan keledek di potong kecil dan bersihkan.
2. Masukkan semua bahan kecuali daun bayam dalam periuk dan masakkan sehingga mendideh.
3. Masukkan daun bayam dan biarkan mendideh semula.
4. Rasakan garamnya dan hidangkan.
PEGEDIL DAGING & KENTANG
Bahan
500 gm kentang....rebus dan hancurkan
100 gm daging kisar
1/2 cawan bawang goreng
2 tangkai daun sup.............]mayang halus
2 tangkai daun bawang.......]
1 s/k lada sulah
1 s/b tepung jagung
garam
2 biji telur..pukul
minyak untuk menggoreng
Cara..
1. Gaulkan semua bahan kecuali telur.
2. Bentukkan adunan supaya menjadi bulat dan leper.
3. Celupkan kedalam telur yg dipukul.
4. Gorengkan dalam minyak.
5. Angkat dan toskan.
6. Hidangkan bersama soto atau bihun soto atau mee soto.
TELUR DADAR PUDINA
Bahan
4 biji telur
3 biji cili merah [mayang]
1 labu bawang besar [ mayang]
daun pudina [racik]
garam
minyak
Cara
1. Masukkan senua bahan dan kacar rata.
2. Panaskan minyak dan masukkan adunan telur.
3. Masakkan dengan api yg sederhana.
4. Terbalikkan sebelah lagi.
5. Bila nampak telur kuning keemasan boleh tutup api.
6. Hidangkan.
BAWANG GORENG HANIELIZA
Bahan:
Bawang
minyak
pisau tajam [wajib]
kertas kitchen towel gulong
1. Bawang direndamkan dengan air supaya senang kupas kulit.
2. Basuh dan toskan bawang.
3. Hiriskan nipis [senipis yg boleh] dengan pisau yg tajam.
4. Panaskan minyak [banyak] dan masukkan bawang dan kacau supaya bawang tu bercerai2.
5. Bila nampak kuning kemeemasan tutup api dan angkat dengan penapis.
6. Taburkan bawang atas kertas kitchen towel supaya bawang berderai dan cantik. Jika tidak dia akan berbuku2.
7. Bila dah sejuk masukkan dalam balang kaca atau pack dalam pelastik kecil supaya tidak cepat lemau.
DALCA SAYUR
Bahan
1 cawan kacang dhal (rendam hingga kembang)
3 biji ubi kentang (dibelah empat)
1 batang lobak merah (dipotong dadu)
5 batang kacang panjang (dipotong 2 cm)
2 biji terung bulat (dibelah enam)
5 biji kacang bendi( di potong 2)
1/2 biji kubis bulat (dipotong dadu)
6 biji tomato (dibelah enam)
2 labu bawang besar (dihiris) 3 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
4 mangkuk santan
2 bungkus serbuk kari ikan [bancuh jadikan pes]
Minyak masak
Garam
Cara:
1. Tumis bahan dihiris hingga kekuningan dan wangi
2. Masukkan rempah kari dan biarkan hingga naik minyak.
3. Masukkkan santan dan biarkan mendidih.
4. Masukkan kacang dhal, ubi kentang dan biarkan setengah masak.
5. Masukkan sayur yang lain dan masak hingga sayur empuk dan masukkan garam.
6. Akhir sekali, masukkan tomato dan angkat.
ROJAK AYAM
Bahan
1/4 ekor ayam
3 biji telur rebus [belah2]
3 keping tahu [goreng dan potong nipis]
1/2 biji sengkuang [saiz kecil]
1 batang timun
1/2 biji salad lectucce
500 gm mee kuning [celurkan sikit]
Kuah Kacang/sos Kacang
Buatkan saperti kuah satay
Cara:
1. Ayam dipotong 2 dan dibersihkan. Gaulkan garam dan kunyit dan gorengkan. Bila dah sejuk potong kecil.
2. Semua sayuran dipotongkan kecil.
3. Masukkan serba sikit semua bahan dalam pinggan dan taburkan kuah kacang atas bahan.
GULAI NANGKA DENGAN DAGING atau AYAM
Bahan-Bahan:
300 gm daging [hiris nipis]
600 gm nangka muda [buangkan kulit]
1 bungkus serbuk kari daging
1 biji kelapa [diambil santan]
Bahan-bahan ditumbuk lumat:
5 ulas bawang putih
7 biji bawang merah
2.5 sm halia
Cara:
1. Potong nangka kecil-kecil. Rebus hingga empuk.
2. Masukkan daging bersama 6 cawan santan dan serbuk kari di dalam periuk.
3. Kemudian masukkan nangka dan bahan-bahan ditumbuk lumat.
4. Kacau rata dan masak hingga daging empuk.
5. Hidangkan bersama nasi putih
KENTANG GORENG WEGDES [hanieliza]
Bahan-Bahan:
5 biji kentang [buangkan kulit dan potong saperti belahan epal]
1 s/k serbuk lada hitam
1 s/k serbuk lada putih
1 s/k rempah kari
1 s/b tepung beras
1 cawan tepung gandum
garam
serbuk lada(jika mahu)
sediki air
minyak untuk menggoreng
Cara:
1. Rebuskan kentang dengan sedikit garam. Jangan lama sangat. Biarkan separuh lembut dan toskan.
2. Masukkan tepung gandum,garam,gula,lada hitam dan lada putih kedalam bekas.
4. Campurkan sedikit air kedalam bahan tadi. Kacau hingga sebati.
5. Masukkan kentang tadi.
6. Panaskan minyak dan goreng.
7. Bila dah kuning keemasan anhkat gorengan dan toskan minyaknya.
GULAI DAUN KAYU TEMPOYAK
Bahan-Bahan:
2 btg serai-diracik
1 inci kunyit hidup
20 biji cili api
5 helai daun pucuk labu
1 ikat pucuk ubi
4 helai daun kunyit
2 papan petai-diambil bijinya
4 helai daun cekur
1 genggam ikan bilis
1/2 cawan tempoyak
2 cawan santan pekat
garam
Cara:
1. Semua sayuran dipotong/mayang halus.
2. Masukkan semua bahan termasuk ikan bilis, petai & santan ke dalam periuk.
3. Masukkan tempoyak.
4. Masak sehingga pekat.
5. Rasakan garam.
MASAK LEMAK PUCUK MANIS DAN KELEDEK
Bahan
1 ikat sayur pucuk manis[cangkuk atau cekok manis atau daun asin2]
1 biji keledek oren [potong kecil]
segemgam ikan bilis atau udang kering atau udang segar
3 ulas bawang merah [mayang]
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
2 biji cili merah [mayang]
garam
Cara:
1. Sayur pucuk manis di asingkan dari tangkai dan dibersihkan.
2. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dan sayur pucuk manis.
3. Masakkan sehingga ubi keledek lembut.
4. Masukkan daun pucuk manis dan santan pekat.
5. Rasakan garam dan tutup api.
6. Hidangkan dengan nasi putih dan ikan goreng berlada
SALAD ORIENTAL
Tomato
Salad bulat
Nenas
Timun
Bawang besar
Cili Besar Hijau dan Merah
1 cawan mayonis
½ cawan susu segar
1 s/b air limau nipis
Semua sayur dipotong nipis dan gaul semua bersama dengan mayonis dan susu dan air limau nipis dan sejukkan dalam peti sejuk selama 1 atau 2 jam.
SALAD
Tomato
Salad bulat
Timun
Bawang besar
Cili Besar Hijau dan Merah
1 cawan mayonis
½ cawan susu segar
1 s/b air limau nipis
1.Semua sayur dipotong nipis dan gaul semua bersama dengan mayonis dan susu dan air limau nipis.
2. Sejukkan dalam peti sejuk selama 1 atau 2 jam.
3. Hidangkan bersama ayam bakar.
SALAD AYAM MAYONIS
Bahan:
1 cawan isi ayam.....hirs nipis ]
1 cawan sausage ayam.....potong kecil ]
1 cawan kentang....potong dadu ] direbus dan toskan
1 cawan kacang peas ]
1 bahu bawang besar..mayang
2 biji tomato buah..belah 4 atau 6
1 cawan mayonis
1 s/k lada sulah dan garam
1 s/b jus limau/lemon
Daun salad...potong kasar
1.Gaul semua bahan dan sejukkan sebentar dalam peti sejuk.
2. Hidangkan bersama Ayam Tandoori...
SALAD RENGKAS
Bahan:
daun salad
tomato
bawang besar
timun
lada kapsikum
telur rebus
sedikit gula dan garam
cuka dan minyak jagung
cara
1. Rendamkan salad dalam air dan toskan.
2. Potong tomato, bawang, timun , cili kapsikum dan elur rebus.
4. Susunkan sayur dalam pinggan hidangan.
5. Gaulkan gula, garam. minyak jagung dan cuka. Tuangkan atas sayuran.
SALAD AYAM
bahan
1 keping dada ayam [buangkan kulit dan rebuskan]
Bahan Hiris:
1 pokok daun salad hijau
1 biji mangga separuh masak
1 labu bawang besar
2 batang serai
2 biji cili merah
3 biji cili api
1 pokok daun ketumbar
1 kuntum bunga kantan
2 biji tomato
Bahan Sos:
1 cawan mayonis
1 s/k jus limau nipis
1 s/k lada hitam
secubit garam
Cara
1. Ayan dipotong nipis dan kecil.
2. Gaulakn bahan sos supaya rata.
3. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaulkan dengan bahan sos.
4. Hidangkan.
COLESLAW
Bahan
1 biji kobis manis kecil [yg ada warna hijau muda sikit tu]
1 batang karot
1 labu bawang besar
1 cawan mayonis
1 s/k serbuk lada hitam
1 s/b jus limau kasturi
1 pokok daun bawang [racik]
garam secukupnya
Cara:
1. Racik halus semua bahan sayuran.
2. Gaulkan sebati mayonis, garam, jus limau dan serbuk lada hitam.
3. Gaulkan semua bahan dan sejukkan sebelum dihidangkan.
KERABU SOTONG [ala Vietnam]
Bahan:
500 gm sotong [buangkan kulitnya dan potong kecil]
2 s/b air
2 s/b jus limau nipis
5 cm halia muda [cincang]
1 s/k serbuk pati ikan bilis
2 s/k minyak bijan
1 s/k gula
2 s/b kacang tanah [tumbuk kasar]
garam
Bahan Hiris:
1 labu bawang besar
1 pokok daun ketumbar
3 biji cili merah
3 batang daun sup
Cara:
1. Celurkan sotong dengan sedikit air dan toskan.
2. Dalam kuali berisi air rebusan sotong campurkan serbuk perisa ikan bilis. Masakkan sehingga larut.
3. Angkat dan sejukkan.
4. Dalam mangkuk besar lain gaulkan semua bahan dengan air rebusan tadi.
5. Hidangkan serta-merta.
KERABU KAKI AYAM
Bahan-Bahan:
200 gm kaki ayam
5 ulas bawang merah - hiris halus
2 batang serai - hiris halus
1 tangkai bunga kantan - hiris halus
½ cawan perahan limau nipis
5 tangkai cili api - hiris nipis
5 tangkai cili merah
1 sudu besar sos ikan
1 pokok daun ketumbar - hiris kasar
Garam
Gula
Cara:
1. Rebus kaki ayam beserta sedikit garam hingga lembut.
2. Buangkan tulangnya dan hiris kasar.
3. Masukkan kesemua bahan kedalam mangkuk dan gaul sebati.
4. Sejukkan dalam peti sejuk sebentar sebelum dihidang
GULAI KUNING NANGKA MUDA
Bahan-bahan
1 mangkuk nangka muda [bersih dan rebus sehingga lembut]
2 ekor ikan selayang [bakar dan ambil isi] atau ikan bilis
3 mangkuk santan cair
1 s/b lada hitam ]
3 ulas bawang merah ] tumbuk hancur
1 inci kunyit hidup ]
1 inci lenguas [ketuk]
3 batang serai [ketuk]
1 mangkuk santan pekat
garam
Cara membuat
1. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dalam periuk dan renehkan sehingga mendideh.
2. Bila dah mendideh masukkan pula santan pekat dan kacau sehingga mendideh sekali lagi.
3. Rasakan garam dan boleh hidangkan ngan sambal belacan mangga hiris..
GULAI REMPAH NANGKA DENGAN DAGING
Bahan-bahan
300 gm daging [hiris nipis]
600 gm nangka muda [buangkan kulit]
1 bungkus serbuk kari daging
1 biji kelapa [diambil santan]
Bahan-bahan ditumbuk lumat:
5 ulas bawang putih
7 biji bawang merah
2.5 sm halia
Cara membuat
1. Potong nangka kecil-kecil. Rebus hingga empuk.
2. Masukkan daging bersama 6 cawan santan dan serbuk kari di dalam periuk.
3. Kemudian masukkan nangka dan bahan-bahan ditumbuk lumat.
4. Kacau rata dan masak hingga daging empuk.
5. Hidangkan bersama nasi putih
KERABU NANGKA
Bahan-bahan
Nangka muda secukupnya
3 ulas bawang merah [mayang]
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk lumat)
3 sudu besar ikan bilis atau udang kering (ditumbuk lumat)
1 sudu besar air asam limau nipis/kasturi
1 cawan santan pekat.
garam
Cara membuat
1. Nangka dibersihkan dan potong kecil dan nipis.
2. Panaskan air dan garam dan rebus nangka sehingga lembut.
3. Angkat dan toskan nangka.
4. Tumbuk bawang merah, lada hitam bersama ikan bilis atau udang kering.
5. Masukkan nangka ke dalam mangkuk besar dan campurkan bahan tumbuk, lada hitam, air limau dan sedikit santan.
6. Bubuh garam secukup rasa dan gaul rata. Setelah itu bolehlah dihidangkan.
GULAI NANGKA MUDA ALA UTARA
Bahan-bahan
Nangka muda secukupnya[potong kecil dan rebus sehingga lembut..toskan]
3 mangkuk santan
500 gm udang hidup yg sederhana [bersihkan]
3 s/b rempah kari lemak
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 s/k jintan kasar
minyak
daun kari
garam
Cara membuat
1. Renehkan santan, rempah dan nangka dalam periuk seihingga mendideh.
2. Masukkan udang dan garam. Biarkan mendideh sakali lagi.
3. Dalam kuali yg berasingan tumiskan bawang merah, bawang putih, jintan kasar dan daun kari sehingga wangi.
4. Tuangkan bahan gorengan kedalam periuk gulai tadi dan tutupkan periuk.
5. Biarkan sebentar baru dihidangkan.
RENDANG NANGKA
Bahan-Bahan:
1 kg nangka muda
250 gm daging
1/2 cawan minyak masak
4 cawan pati santan
1/2 cawan gm kerisik
3 keping asam keping
3 helai daun kunyit [koyakkan]
garam
Bahan-bahan dikisar:
5 batang serai
5 sm halia
5 sm lengkuas
3 sm kunyit hidup
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering
10 biji ciliapi
Cara:
1. Nangka dibersihkan dipotong-potong kemudian direbuskan hingga empuk.
2. Angkat dan toskan airnya. Ketepikan.
3. Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumiskan hahan-bahan kisar tadi hingga garing.
4. Masukkan santan, garam, nangka dan daging.
5. Maskkan sehingga pekat dan daging & nangka lembut.
6. Setelah itu masukkan daun kunyit dan kerisik. Kacau sekali sekala hingga kering dan naik minyak.
7. Hidangkan..
SUP TOFU TELUR [TAHU LEMBUT]
Bahan:
3 bungkus tofu telur [ berbentuk selinder ] - potong 2
1 batang carrot kecil ]
1 biji kentang ]potong kecil
2 ulas bawang putih ]
1 ulas bawang merah ] mayangkan
daun sup & daun bawang ]
air
garam
minyak
Cara:
1. Tumiskan bawang sehingga wangi. Masukkan air dan biarkan mendideh.
2. Masukkan semua bahan yg dipotong kecuali daun2.
3. Bila kentang dan carrot dah lembut tutup api.
4. Masukkan daun sup dan daun bawang dan hidangkan
ACAR BUAH
Bahan
500 gm buah campur [kismis hitam/kuning,prune,aprikot,mangga jeruk,kurma & lobak asin..potong kecil]
sedikit cili api jeruk [jika suka]
belimbing kecut [belimbing yg telah dijerukkan dn di jemur sampai kecut]
jeruk limau
Bahan Mesin Halus
500 gm bawang kecil
10 ulas bawang putih
10 cm halia
100 gm cili kering
3 s/b rempah kari ikan[goreng tanpa minyak]
500 gm minyak
500 gm gula pasir
1 botol kecil cuka
1/2 cawan bijan [goreng tanpa minyak]
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dan sehingga wangi,garing dan naik minyak.
2. Masukkan gula dan cuka dan biarkan reneh sehingga naik minyak lagi. 3. Masukkan semua buah campur & cili api jeruk dan masakkan lagi sehingga naik minyak dan pekat.
4. Sejukkan baru dimasukkan dalam bekas kering.
5. Bila nak hidangkan baru taburkan bijan tadi.
ACAR IKAN MASIN
Bahan:
300 g isi ikan masin [talang/kurau/merah]
100 g cili mesin
200 g gula
100 gm bawang merah ]
5 ulas bawang putih ] mesin halus
2 inci halia [mayang halus]
100 g kismis
100 g lobak asin
1 s/k jintan manis ]
1 s/k jintan putih ] mesin halus
1 s/k kunyit ]
10 biji bawang merah [biarkan sebiji-sebiji]
1 cawan cuka tiruan
1 cawn minyak untuk tumis
1 s/b bijan goreng untuk tabur
garam
Cara:
1. Potong kecik ikan masin dan gorengkan.
2. Panaskan minyak dan tumislan bawang y2 dimesin sehingga wangi
3. Masukkan cili dan kacau rata. Biarkan sehingga naik minyak.
4. Masukkan jinta mesin dan kacau rata.
5. Bila naik minyak masukkan cuka, gula dan halia.
6. Bila dah mendideh masukkan lagi kismis, lobak asin dan biarkan mendideh lagi.
7. Masukkan bawang dan ikan masin yg digoreng tadi.
8. Bila dah naik minyak boleh tutup api.
PERIA GORENG BEREMPAH
Bahan
5 biji peria yg kecil/pendek tu....[belah 2 dan buangkan bijinya]
1 s/besar cili mesin
1 s/besar serbuk rempah kari
1 ulas bawang putih tumbuk
garam & kunyit
minyak
Cara
1. Gaulkan semua bahan dan goreng saperti goreng ikan.
2. Bila telah garing dua2 belah...angkat dan hidangkan..
GORENG TAHU DAN TAUGEH
Bahan-bahan
2 keping tahu [potong kecil]
300 gm taugeh
100 gm daun kucai
1/2 batang carrot [potong kecil dan halus]
100 gm udang hidup
2 s/b air
3 s/b minyak
garam
Bahan hiris
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah
Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga wangi.
2. Masukkan tahu dan gorengkan supaya agak garing.
3. Masukkan carrot dan udang. Kacau rata.
4. Masukkan taugeh, daun kucai, cili dan sedikit air. Kacau rata.
5. Angkat dan hidangkan.
TAHU KUKUS
Bahan-bahan:
2 keping tahu/taufu lembut [potong 4]
1 s/k minyak bijan
1 s/k lada putih
1 s/k kicap cair
bahan mayang
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sm halia
1 pokok daun sup
Cara:
1. Panaskan kukusan dengan api sedrhana.
2. Masukkan semua bahan kecuali daun sup dalam pinggan tahan panas.
3. Masukkan dalam kukusan dan kukus selama 20 minit.
4. Bila telah masak keluarkan pinggan dan taburkan daun sup.
5. Hidangkan.
NOTA
Sekiranya tiada periuk kukusan..boleh buatkan dalam kuali yg di masukkan air dan pinggan tahan panas dan kukus saperti periuk kukusan..
atau..
sekiranya ada microwave..boleh gunakan pada setting MEDIUM selama 10 minit.
TAHU SUMBAT
Bahan-bahan
3 keping tahu
5 helai daun salad hijau
1/2 batang carrot kecil
1/2 batang timun kecil
minyak untuk goren tahu
Cara
1. Gorengkan tahu sehingga masak.
2. Potongkan 3 segi dan belah bahgian dalam tahu [untuk masukkan sayuran].
3. Hiris semua bahan sayur dan carrot diparut.
4. Gaulkan semua sayuran dan masukkan dalam tahu.
5. Hidangkan bersama sos cili.
Sos Cili
Bahan-bahan
5 biji cili merah
1 ulas bawang putih
1 s/b taucu [optional]
2 s/b cuka
1 s/b gula
Cara
1. Masukkan semua bahan dalam blender dan mesinkan sehingga halus.
2. Rasakan masin dan masam sos dan hidangkan bersama tahu sumbat.
MASAK LEMAK KOBIS
Bahan
1 biji kobis manis [yg kecil dan ada warna hijau sikit2 tu]
1 labu bawang besar [mayang]
2 biji cili merah [mayang]
2 1s/besar udang kering/ikan bilis
2 cawan santan pekat
garam
sikit air
Cara
1. Masukkan semua bahan kecuali santan
SAYUR AIR LABU
Bahan
1 biji labu air yg kecil
2 ulas bawang merah ]
1 s/k lada hitam ] tumbukkan
1 ekor ikan kembung [ambil isi dan tumbuk
garam dan air secukupnya
Cara
1. Labu di buangkan kulit dan potong kecil.
2. Masukkan semua bahan dalam periuk dan renehkan sehingga mendideh.
3. Bila nampak labu dah layu bolihlah tutup api dan hidangkan.
Kerabu Taugeh/Pucuk Paku dan Perut
Bahan-Bahan:
300 gm perut lembu (perut yang tebal seperti tuala)
2 sm halia
500 gm taugeh
1 labu bawang besar
2 s/b kerisik
1 cawan kelapa digiling
3 biji cili merah
Sedikit cili padi (jika suka)
Sedikit asam jawa
1 labu bawang besar[mayang]
Asam limau
garam & gulasecukup rasa
Belacan sebesar ibu jari
Cara:
1. Perut hendaklah direbus dgn halia dan garam sehingga lembut.
Kemudian dipotong kecil.
2. Cili dan belacan ditumbuk halus untuk dibuat sambal.
3. Masukkan air asam jawa ke dalam sambal, kerisik.
4. Gaulkan sekali perut lembu, taugeh, garam, gula dan asam limau.
5. Hidangkan dlam pinggan.
GULAI BETIK MUDA
1 biji betik muda [potong kecil]
3 mangkuk santan
500 gm udang hidup yg sederhana [bersihkan]
3 s/b rempah kari lemak
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 s/k jintan kasar
minyak
daun kari
garam
Cara
1. Renehkan santan, rempah dan betik dalam periuk seihingga mendideh dan betik lembut.
2. Masukkan udang dan garam. Biarkan mendideh sakali lagi.
3. Dalam kuali yg berasingan tumiskan bawang merah, bawang putih, jintan kasar dan daun kari sehingga wangi.
4. Tuangkan bahan gorengan kedalam periuk gulai tadi dan tutupkan periuk.
5. Biarkan sebentar baru dihidangkan.
Selalunya gulai ni femes dikawasan negeri utara..
Masakan ni selalu kak liza tenguk dihidangkan dipantai timur...
SAYUR AIR LABU/TIMUN TUA
Bahan
1 biji labu [yg panjang dan isi putih] atau timun tua
3 ekor ikan selayang [bakar dan ambil isi saja]
1 s/b lada hitam ]
3 ulas bawang merah ] tumbuk
1 biji cili merah mayang
5 mangkuk air
garam
Cara
1. Labu dibuangkan kulit dan dipotong kecil. Jika gunakan tiomun hanya potong dan buangkan isi tengah [bijinya saja]
2. Masukkan semua bahan dan masak sehingga mendideh.
3. Hidangkan dengan nasi putih dan ikan masin atau ikan goreng.
Menu ini boleh juga jika nak masak sebagai sayur lemak..
cuma gantikan air tu dengan santan..masak saperti biasa..
Bahan-Bahan:
1 biji nenas [potong kecil]
3 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1 inci halia ]
5 ulas bawang merah ] tumbuk
2 ulas bawang putih ]
1 sudu besar udang kering [tumbuk]
1 inci cm kulit kayu manis
6 sudu besar rempah kari daging[bancuh ngan air]
4 sudu besar minyak
2 sudu besar gula merah/putih
2 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa
Cara:
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk, kulit kayu manis dan rempah kari yang digaul dengan air.
2. Masukkan kerisik dan nenas. Kacau supaya rempah tidak melekat pada periuk.
3. Masukkan santan dan garam serta gula merah/pasir.
4. Masak hingga kuah pekat dan naik minyak.
Tambahan:
Selain daripada nanas, terung panjang, terung peparu, mangga atau buah
kedondong juga boleh digunakan untuk masakan pajeri.
Salah satu herba yang popular dan mendapat tempat di hati masyarakat kita ialah
pegaga. Pegaga merupakan pokok herba saka yang menjalar, tumbuh
ditempat-tempat lembab dan bernaungan. Dahulunya pegaga hanya dimakan
oleh penduduk kampung dan kegunaannya juga terhad. Selain untuk tujuan
perubatan, pegaga biasanya dibuat ulam atau dimasak untuk dijadikan gulai.
Ada juga yang menganggap pegaga ini sebagai rumpai yang menganggu
tanaman mereka.
Tetapi kini masyarakat telah sedar tentang khasiat pegaga. Oleh itu, pegaga
yang dulunya tidak dihiraukan telah mendapat sambutan yang hangat.
Terdapat pelbagai jenis pegaga di Malaysia seperti pegaga nyonya yang
berdaun kecil, pegaga daun lebar, kelantan, renek dan salad. Kesemua pegaga
mempunyai zat makanan seperti protien, gentian, zat besi, vitamin A dan C.
Antara khasiat pegaga adalah:
* menyegarkan badan
* merawat pitam
* mengurangkan berat badan
* awet muda
* rawatan lepas bersalin
* mengukuh tumpuan ingatan
* meningkatkan kecergasan minda
* menambahkan kekuatan fizikal
* kelancaran suara
* berupaya merawat penyakit nyanyuk
*mengawal keguguran rambut
* kulit licin dan sihat
Khasiat Perubatan tradisinal
# Luka/ulser kulit
# Minuman tonik bagi menghalang proses penuaan..melambatkan kulit kedut
# menyembuhkan ulser perut/usus
# menyembuhkan penyakit kusta
# melegakan penyakit kelamin
# menyembuhkan demam
# menyembuhkan eczema (penyakit kulit)
# melancarkan peredaran darah
# merendahkan tekanan darah
Nilai pegaga
Melayu selalunya menjadikan pegaga sebagai ulam bersama sambal dan nasi.
Ada juga jadikan jus pekat, teh herba dan pil atau kapsul.
Di Sri Lanka pegag dijadikan bubur dan diberikan pada kanak2 pra-sekolah
Zat dalam pegaga
*Kalsium
* Ferum [zat besi]
* Vitamin C
* karatenoid [provitamin A]
* tokoferol
MASAK LEMAK CILIAPI PEGAGA
Bahan:
Pegaga...ikut suka sebanyak mana yg diperlukan
3 cawan santan pekat
Bahan kisar:
1 inci kunyit hidup
1 batang serai
2. Masukkan bahan kisar, santan, daun pegagadan ikan dalam periuk dan renehkan perlahan2.
3. BIla dah mendideh. tutup api dan hidangkan bersama nasi putih.
kalau mak kak liza datang umah..dia cukup suka buatkan kak liza kerabu pegaga..
bahan..
pegaga...rendamkan supaya bahan lain akan terasing..pastu hiriskan halus
kelapa parut ...............]
ikan bilis/udang kering....]
sambal belacan.............]. ditumbuk
bawang merah ............].
sikit lada hitam..............]
garam..gula
cara...
Tumiskan sket bahan yg ditumbuk sehingga agak garing.
Masukkan pegaga dan tutup api...jgn sampai layu sangat.
Angkat dan hidangkan.
Labu ni sedap dimakan dan boleh dipelbagaikan....antaranya:
1. Pengat Labu
2. Bingka Labu
3. Lepat Labu
4. Jejemput/Cekodok Labu
5. Puding Labu
6. Talam Labu
7. Sayur Lemak Labu
PENGAT LABU
Bahan
1 biji labu kuning
2 cawan air
1 cawan santan pekat
1 s/b gula merah
4 s/b gula pasir
1 s/b sagu mata ikan [basuhkan dan toskan]
daun pandan disimpulkan
garam
Cara.
1. Labu kuning di buangkan kulit dan biji. Potong kecil dan rebus dengan air + garam & daun pandan.
2. Bila labu dah lembut toskan.
3. Masukkan santan dan gula. Masakkan sehingga mendideh.
5. Bila dah mendideh, masukkan sagu mata ikan.
6. Bila sagu dah masak [nampak jernih] tutup api dan hidangkan dalam mangkuk.
resepi yg lain..nanti kak liza postkan disini..nak kena korek dalam buku....
LABU KUNING MASAK LEMAK
Bahan
1 biji labu kuning
2 mangkuk santan cair
1 mangkuk santan pekat
3 ulas bawang merah [hiris]
2 s/b udang kering
2 biji cili merah [mayang]
1 helai daun kunyit [koyakkan]
garam
Cara
1. Labu dibuangkan kulit dan biji. Pototng kecil.
2. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dan daun kunyit dalam periuk.
3. Kacau perlahan2 sehingga mendideh dan labu lembut. Jangan biarkan pecah minyak.
4. Bila mendideh masukkan santan pekat dan daun kunyit.
5. Biarkan mendideh sekali lagi dan boleh tutup api.
6. Hidangkan dengan nasi putih dan ikan goreng.
Pumpkin Facts
- Pumpkin seeds can be roasted as a snack.
- Pumpkins contain potassium and Vitamin A.
- Pumpkins are used for feed for animals.
- Pumpkin flowers are edible.
- Pumpkins are used to make soups, pies and breads.
- The largest pumpkin pie ever made was over five feet in diameter and weighed over 350 pounds. It used 80 pounds of cooked pumpkin, 36 pounds of sugar, 12 dozen eggs and took six hours to bake.
- Pumpkins are members of the vine crops family called cucurbits.
- Pumpkins originated in Central America.
- In early colonial times, pumpkins were used as an ingredient for the crust of pies, not the filling.
- Pumpkins were once recommended for removing freckles and curing snake bites.
- Pumpkins range in size from less than a pound to over 1,000 pounds.
- The largest pumpkin ever grown weighed 1,140 pounds.
- The name pumpkin orginated from "pepon" – the Greek word for "large melon."
- The Connecticut field variety is the traditional American pumpkin.
- Pumpkins are 90 percent water.
- Pumpkins are fruit.
- Eighty percent of the pumpkin supply in the United States is available in October.
- In colonial times, Native Americans roasted long strips of pumpkin in an open fire.
- Colonists sliced off pumpkin tips; removed seeds and filled the insides with milk, spices and honey. This was baked in hot ashes and is the origin of pumpkin pie.
- Native Americans flattened strips of pumpkins, dried them and made mats.
- Native Americans called pumpkins "isqoutm squash."
- Native Americans used pumpkin seeds for food and medicine.
Facts supplied by University of Illinois Extension
400 gm timun.....buang tengah dan hiris nipis
50 gm udang kering... ]
3 biji cili merah............]tumbuk
5 ulas bawang kecil....mayang
1/2 cawan santan pekat
1 sudu besar air limau nipis
gula dan garam secukup rasa
Cara:
Gaul rata semua bahan dan hidangkan.
Belimbing buluh dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Averrhoa belimbi linn dan berasal dari keluarga Oxalidaceae.
Ia sejenis tumbuhan tempatan yang ditanam untuk mendapatkan buahnya. Rasanya masam dan banyak digunakan dalam pelbagai masakan seperti sambal belacan, masak lemak dan sebagainya.
Belimbing buluh juga mempunyai nilai ubatan yang tinggi.
Ia berkesan untuk melicinkan kulit muka, serta mengatasi masalah jerawat. Buahnya diparut kemudian dicampur dengan sedikit garam dan sapu kekulit muka.
Jus buah belimbing buluh berkesan untuk melegakan penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis dan pitam.
Ia juga berkeasn untuk melegakan masalah batuk.
Caranya adalah dengan merebus buah, daun dan bunga belimbing buluh kemudian airnya diminum setiap pagi dan petang.
Bunga belimbing juga mujarab untuk merawat sakit gigi.
catitan di dapati dari http://www.arcbc.org
KERABU BELIMBING
Bahan-Bahan:
buah belimbing buluh..ikut suka...lagi banyak lagi masam..
2 biji bawang besar ] dimayang
1 pokok daun bawang ]
1/2 cawan pati santan
udang kering ]
1 inci belacan ] ditumbuk
2 biji cili merah ]
5 biji ciliapi ]
Sedikit garam
secubit gula..untuk seimbangkan masam buah belimbing
Cara:
1. Belimbing dihiriskan kecil dan dibasuh dengan sedikit air garam
kemudian ditoskan.
2. Gaulkan semua bahan-bahan dedalam sebuah mangkuk.
3. Tuangkan santan dan gaul rata-rata.
4. Rasakan garamnya.
5. Hidangkan dengan ikan bakar...nyum..nyummm
Bahan
1 ikat daun selom
1 ikat daun ulam raja
2 labu bawang besar
[semua ni dibersihkan dan dimayang halus]
5 biji cili merah
5 biji cili api
sedikit belacan
udang kering
[semuanya ditumbuk halus]
1 cawan kelapa parut [muda]
air asam limau nipis
gula dan garam secukupnya
Cara:
Gaulkan semua bahan dalam mangkuk besar
dan rasakan masin dan manisnya.
WHEN MAKING A SALAD;
All ingredients should be cold, crisp and fresh.
Wash lettuce leaves and all salad vegetables thoroughly under running water.
Do not store lettuce or leafy vegetables damp.
Always use a sharp knife
Combine salad ingredients lightly with two forks.
Add dressing at the last minute, to ensure that the salad does not go soggy.
TIPS;
Salads should always be as fresh as possible, it is essential to buy the best and freshest vegetables and fruits available.
For crisp lettuce, store in a bowl with slightly sweetened water for 1 hour.
The name 'cole' in coleslaw comes from a Dutch word meaning 'cabbage'.
If you cry everytime you chop an onion, try soaking then in water for 30 minutes.
Apa kata kali ni kita cuba buat salad yang rengkas ..
boleh dihidangkan bersama nasi putih..
nasi minyak atau nasi tomato juga...
Bahan:
telur rebus [potong slice]
daun salad hijau [potong kecil]
tomato [potong bulat]
timun [potong bulat]
Semua bahan disusunkan dalam pinggan hidang yg bujur/besar dan tuangkan kuah sos.
Kuah sos:
tomato sos
cili sos
sikit minyak jagung
Cara...gaulkan bahan ini dan rasakan masinnya
Bahan:
1 btg lobak merah [hiris halus]
1 labu bawang besar [mayang halus]
200 gm taugeh [bersihkan kakinya & celurkan]
500 gm kerang [rebus dan ambil isinya]
Bahan Sambal..
5 biji cili merah
5 biji cili padi
5 ulas bawang kecil
1/2 biji kelapa parut [goreng sikit]
3 biji limau nipis [ambil airr]
gula
garam
Cara.
1. Gaulkan semua bahan dalam magkuk.
2. Masukkan air limau.gula dan garam.
3. Masukkan isi kerang dan gaul rata.
4. Hidangkan bersama nasi putih.
Bahan-Bahan:
10 tangkai kacang panjang(dipotong kecil/pendek2])
1 mangkuk tauge [bersihkan kakinya]
500 gm perut lembu[rebus sehingga lembut & hiris ]
½ biji kelapa(buat kerisik)
3 batang serai [mayang halus]
2 labu bawang besar[mayang]
1/2 cawan santan pekat
2 biji limau nipis [ambil air saja]
garam
gula
bahan tumbuk...
2 s/b udang kering
5 ulas bawang merah
10 tangkai cili padi
2 tangkai cili merah
Cara:
1. Perut lembu dibersihkan, direbus & dipotong memanjang & kecil-kecil.
2. Taugeh dan kacang panjang dicelur lembut.
3. Bawang putih & merah, serai, udang kering & cili padi ditumbuk hingga halus.
4. Campurkan semua bahan yang telah ditumbuk dengan kerisik.
5. Masukkan perut lembu, bawang besar, kacang panjang & tauge.
6. Perahkan limau nipis, tambahkan garam & gula, gaul hingga kesemua bahan sama rata.
7. Hidangkan bersama nasi putih.
Bahan-bahan Sayur
1 ikat pucuk ubi
1 ikat pucuk paku
200 gm taugeh [buang kaki]
200 gm kacang panjang
200 gm kangkung
[semua sayur ini direbus lembut]
1 biji timun
2 kpg tahu (digoreng)
1 kpg tempe (digoreng)
1 biji sengkuang [saiz kecil]
Bahan-bahan Kuah
1/2 kg kacang tanah [goreng tanpa minyak]
2 cm belacan
5 ulas bawang merah
10 tangkai cili kering
5 biji cili api
[semua bahan ini digoreng dgn minyak sikit dan blend ]
air asam jawa
gula & garam
Cara-cara
1. Buangkan kulit kacang dan mesinkan [kasar].
2. Bancuhkan bahan yg digoreng dgn minyak dan blend tadi dengan air asam jawa dan garan & gula. Rasakan manis n masinnya.
3. Masukkan kedalam mangkuk besar.
4. Bahan sayur tadi dihidangkan dalam pinggan besar.
5. Bila nak makan barulah gaul dan hidangkan.
Khasiat Jagung
1. Rendah lemak dan minyak.
2. Lemak tak tepu boleh menurunkan kadar kolesterol darah
3. Vitamin B[tertinggi], Vitamin C [sederhana] dan Vitamin A [rendah]
4. Zat Besi [sederhana] dan serat yg sederhana.
5. Kalium [tingg]i.
Penawar Lebihan Jagung
Jagung rebus
Jagung bakar
pop-corn
masakan dalam nasi/bubur
lauk/sayur
Perubatan....
1. Melawaskan pembuangan air kecil...50gm rambut jagung segar
dicuci dan direbus dgn 1 liter air sehingga tinggal setengah.
Diminum 2 X sehari.
2. Diabetis...
50 gm rambut jagung direbus dgn 2 gelas air.
Diminum 2 X sehari.
3. Luka bekas cacar air...
10 buah jagung muda diparut dan disapukan ke luka bekas cacar
selama beberapa hari.
4. Hipertensi/tekanan darah tinggi.....
segemgam rambut jagung dicuci dan rebus dgn 1 liter air dan
diminum 2X sehari. Setelah tekanan darah turun ramuan ini
tetap diminum 1 X sehari.
5. Cirit-birit....
tongkon jagung dimesin sampai halus dan tapis.
Diminum 2 X sehari.
Beberapa biji cili hijau (sebaiknya warna hijau keputihan tu)
dibelah dua memanjang..buangkan bijinya
Isi ikan....ikan kembung/tenggiri...anggaran 1 cawan
kelapa muda (parut) ...1 cawan
3 ulas bawang merah...mayang
1 biji telur
garam
Cara:
1. Semua bahan ni digaul dan masukkan dalam cili hijau tu.
2. Kukuskan cili ni selama 15 minit.
3. Hidangkan bersama nasi kerabu...
Bahan:
1 cawan isi ayam.....hirs nipis ]
1 cawan sausage ayam.....potong kecil ]
1 cawan kentang....potong dadu ] direbus dan toskan
1 cawan kacang peas ]
1 bahu bawang besar..mayang
2 biji tomato buah..belah 4 atau 6
1 cawan mayonis
sedikit lada sulah dan garam
Daun salad...potong kasar
Gaul semua bahan dan sejukkan sebentar dalam peti sejuk.
Hidangkan bersama Ayam Tandoori...
2 labu bawang besar………mayang kasar
2 cm halia………………….racik halus
4 biji cili hidup merah…….}
3 biji cili hidup hijau……...} racik halus
1 sudu besar lada hitam……tumbuk kasar
3 biji limau nipis…………..ambil air
½ batang timun……………racik halus
1 biji buah tomato……….racik kasar
Garam & gula
Daun salad
Gaul semua bahan dan rasakan masam dan masin adunan dan tuangkan keatas daun salad yang disusun dalam pinggan hidangan.
KERABU TERUNG
Bahan....
4 biji terung panjang..potong kecil....celur/rebus
200 gm udang...buangkan kulit dan celur
4 biji limau nipis...ambil airnya
1 cawan santan pekat
1 ulas bawang merah..........]
1 biji cili merah...................] mayang halus
3 biji cili merah ]
sket belacan ]
2 biji cili api ] kisar/tumbuk halus
1 s/k lada hitam ]
garam
cara.....
Gaulkan semua bahan dan rasakan garamnya.
Hidangkan.
bahan
1 biji jantung pisang
[rebus sehingga lembut........hiris]
250 gm perut lembu[
rebus juga sehingga lembut..hiris]
1 cawan santan pekat
2 sudu besar kerisik
air limau dan asam jawa secukupnya
1 labu bawang besar...]
2 batang serai............] mayang halus
cili merah..................]
cili api & cili merah.....]
sedikit belacan
garam
gula
Cara:
1. Gaulkan semua bahan dan perahkan air limau dan air asam jawa.
2. Rasakan masin & manis kerabu ini.
3. Hidangkan bersama nasi putih.
Ubi kentang banyak khasiat....
potassium
vitamin c [sumber ke2 selepas oren]
karbohaidrat kompleks
fiber/gentian kpd gula darah(blood sugar) dan pengawalan tekanan darah
vitamin B1, B2 dan B3
sikit protin dan zat besi
kandungan potassium ubi kentang 2 kali ganda daripada pisang.
elakkan dari memilih ubi kentang yg sudah layu, kulit keras, hijau,
hilang warna asal dan sudah bertunas.
untuk mengekalkan kandungan zat dalam airnya terlarut, bakar
atau masukkan kedalam ketuhar atau kukus daripada merebus atau goreng.
simpan ubi kentang dalam beg berjaring atau bekas bebas udara.
campurkan lobak merah cincang, brokoli, hirisan daun parsley, bayam,
hirisan keju dan bawang putih cincang kedalam ubi kentang yg telah dilecek.
jika masakan kuah terlalu masin, tambahkan ubi kentang
kerana ia berupaya menyerap rasa masin.
supaya ubi kentang garing...rendamkan sebentar hirisan kentang
dalam ketulan ais atau air sejuk sebelum menggoreng.
potong ubi kenang saiz kecil supaya cepat empok.
rebus/bakar kentang dengan kulit kerana kulitnya juga berkhasiat.
setelah empok barulah kupaskan kulitnya
kentang dipotong secara baji/wedges
tepung serbaguna/all purpose seasoned flour [sebarang perasa/jenama]
air secukupnya
minyak untuk menggoreng
Cara.
1. Bancuhkankan tepung dan air saperti adunan goreng pisang'
2. Celupkan kentang dan goreng dalam minyak panas.
3. Angkat bila kelihatan masak keemasan/golden colour
4. Toskan dan hidangkan bersama salad..
500 gm batang keladi dan ubi
50 gm udang kering ]
5 ulas bawang merah ] tumbuk
1 cm belacan ]
1 s/b cili mesin
5 keping asam keping
3 tangkai daun kesum
garam
air secukuonya
Cara.
1. Buangkan kulit batang keladi dan kulit ubinya. Basuh dan toskan.
2. Masukkan dalam mangkuk tahan panas dan masukkan dalam m/wave
dan setkah HIGH selama 15 minit. Buangkan air rebusan keladi tadi.
Jiruskan sedikit dangan air paip dan toskan.
3. Masukkan bahan yg ditumbuk, keladi dan
bahan yg lain dalam mangkuk tahan panas.
4. Masukkan semula dalam m/wave dan setkan HIGH selama 15 minit.
5. Boleh dihidangkan dengan nasi putih dan ikan kering goreng.
120 gm tuna dalam air [hancurkan]
120 gm carrot
120 bunga kobis/kobis biasa
1 biji limau nipis [perahkan airnya]
2 ulas bawang merah [dihiriskan]
2 biji cili merah [cincang]
garam
Cara:
1. Sayur dipotong kecil dan halus dan kukuskan.
2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata.
3. Hidangkan dengan roti fiber atau ratah saja
Bahan A :
500 gram sotong ...hiris kasar dan celur tanpa air
1 pokok daun ketumbar ]
1 pokok daun bawang ] mayang
1 biji bawang besar ]
5 biji cili padi ]
3 biji cili merah ] dihiris
5 ulas bawang merah ]
3 biji buah tomato [potong dadu]
1 biji mangga muda [racik halus]
3 S/b Apple Cider Veniger
2 sudu teh kicap cair
1 sudu teh gula pasir
Cara:
Gaulkan semua bahan dan hidangkan
bahan
Bendi yg kecil [besar jari telunjuk]
1 keping asam gelugor/keping
1 biji cili merah mayangkan
1 cawan air
garam
Cara.
1. Basuhkan bendi.
2. Potong kedua belah hujung sahaja...tak perlu kerat 2
3. Masukkan semua bahan dalam periuk dan rebuskan sehingga mendideh.
4. Hidangkan bersama air asam.
GORENG SAYUR BENDI
Bahan-Bahan:
10 biji bendi sederhana besar
6 tangkai cili merah(di tumbuk kasar) jika nak pedas campuirkan ciliapi
6 ulas bawang merah (ditumbuk kasar)
5 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
200 g udang basah
Garam secukup rasa
2 s/besar minyak penumis
Cara:
1. Bendi dibasuhkan dan toskan. Apabila kering, potong serong-serong.
2. Panaskan kuali dan tumis bahan-bahan tumbuk hingga garing.
3. Campurkan udang dan garam lalu goreng hinnga setengah masak.
4. Masukkan bendi dan kacau sebentar.
5. Tutup kuali 5 minit dan boleh dihidangkan.
BENDI MASAK TAUCU
Bahan
300 gm bendi [kecil - besar jari telunjuk]
2 sudu besar minyak
3 ulas bawang putih [mayang]
6 ulas bawang merah [mayang]
1.2 cm halia [mayang]
3 biji lada merah [mayang]
2 biji lada hijau [mayang]
1 labu bawang besar [mayang]
1/2 cawan taucu manis
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan air
Secubit gula
Cara:
1. Basuh bendi dan potong kedua hujung.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yg dimayang. Biarkan sehingga wangi.
3. Masukkan taucu,air asam jawa dan air & gula. Biarkan mendideh dan masukkan bendir.
4. Biarkan mendideh sekali lagi dan tutup api.
5. Hidangkan dengan nasi poutih dan ikan goreng.
DAGING GORENG dgn BENDI
Bahan
250 gm daging [potong nipis]
250 gm bendi [basuh dan potong serong]
1 biji lada kapsicum merah [ mayang]
5 biji cili merah
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cawan air
3 s/b minyak
2 s/b kicap
1 s/t gula
Cara :
1. Tumbuk lumat bawang putih, cili merah dan bawang merah.
2. Panaskan minyak dan goreng bahan-bahan yang ditumbuk hingga naik baunya.
3. Masukkan daging dan air. Biarkan sehingga daging lembut.
4. Masukkan bendir, lada benggala, kicap cair dan gula.
5. Goreng hingga sayuran-sayuran masak.
6. Hidangkan dengan nasi.
Bahan
300 bendir [kecil - besar jari telunjuk]
1 s/b ikan bilis
1 inci lengkuas [ hiris nipis]
2 ulas bawang putih [hiris nipis]
1/2 inci kunyit hidup
5 biji ciliapi [ belah 2]
1 labu bawang besar
3 keping asam gelugor
3 mangkuk air
garam
Cara
1. Masukkan semua bahan kecuali bendi dalam periuk.
2. Masakkan sehingga mendideh.
3. Masukkan bendi dan biarkan mendideh sekali lagi.
4. Hidangkan bersama sambal belacan dan ikan goreng.
Bahan
5 biji peria yg kecil/pendek tu....[belah 2 dan buangkan bijinya]
1 s/besar cili mesin
1 s/besar serbuk rempah kari
1 ulas bawang putih tumbuk
garam & kunyit
minyak
Cara
1. Gaulkan semua bahan dan goreng saperti goreng ikan.
2. Bila telah garing dua2 belah...angkat dan hidangkan.
Bahan
1 biji kobis manis [yg kecil dan ada warna hijau sikit2 tu]
1 labu bawang besar [mayang]
2 biji cili merah [mayang]
2 1s/besar udang kering/ikan bilis
2 cawan santan pekat
garam
sikit air
Cara
1. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dalam periuk dan renehkan sehingga mendideh.
2. Bila dan mendideh masukkan santan pekat dan kacau sehingga mendideh sekali lagi.
3. Tutup api dan hidangkan bersama sebarang masakan sambal tumis.
Bahan
1 biji labu air yg kecil
2 ulas bawang merah ]
1 s/k lada hitam ] tumbukkan
1 ekor ikan kembung [ambil isi dan tumbuk
garam dan air secukupnya
Cara
1. Labu di buangkan kulit dan potong kecil.
2. Masukkan semua bahan dalam periuk dan renehkan sehingga mendideh.
3. Bila nampak labu dah layu bolihlah tutup api dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment