Monday, December 27, 2010

Pulut Kuning


Bahan-bahan
2 cawan beras pulut
1/2 inci kunyit hidup tumbuk/kisar (tapis dan ambil airnya)
(Boleh digunakan kunyit serbuk tetapi warnanya kurang cantik berbanding kunyit hidup serta aromanya wangi)
1 keping asam gelugur
1/2 cawan santan pekat dibubuh sedikit garam

Pulut Kuning

Cara Masak
Pulut Kuning
1. Pulut direndam selama 6 jam dengan air sehingga pulut terendam dan air kunyit tadi.(Jika pulut susu cukup 3 jam)
2. Masukkan asam gelugur supaya pulut berkilat apabila dimasak nanti.
3. Setelah rendam, basuh dan tos pulut. Kukus lebih kurang 30 minit.
4. Setelah itu gaulkan pulut dengan santan dan kacau sehingga rata dan pulut lembut.
5. Kukus lebih kurang 10 minit .

No comments:

Post a Comment