:: Biskut Berhias Gula Perang ::
BAHAN-BAHAN: 125gm mentega 80gm gula perang 170gm tepung serba guna 30gm tepung jagung BAHAN TOPPING: Biskut gula perang Gula kastor Sedikit air Pewarna merah Coklat urai Coklat hiasan berbentuk hati CARA MEMASAKNYA: 1. Pukul gula perang bersama mentega hingga kembang. 2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata. 3. Uli hingga menjadi adunan yang kental. 4. Canai dan terapkan dengan acuan berbentuk bintang, hati dan sebagainya. 5. Bakar pada suhu 160ÂșC selama 20 minit. CARA MENGHIASNYA: 1. Tuang air dan pewarna merah ke dalam gula kastor. Kacau rata. 2. Kacau adunan dan masukkan ke dalam piping beg. 3. Paipkan adunan pada keseluruhan permukaan biskut. 4. Taburkan coklat urai. 5. Lakukan pelbagai bentuk lain dan taburkan coklat hiasan berbentuk hati.
No comments:
Post a Comment