BAHAN-BAHAN:
250 grm sotong kering ( rendam selama 3-5 jam sebelum masak)
1 biji bawang besar - dipotong nipis-nipis
Garam, gula dan air asam jawa secukup rasa
BAHAN DIKISAR HALUS:
10 biji cili kering
4 bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm belacan
CARA MEMASAK :
1) Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau, kemudian masukkan gula, asam jawa, garam dan terus kacau sambal sampai masak dan pecah minyak .
2) Masukkan sotong, bawang besar dan terus kacau. Jika terlalu kering masukkan sedikit sahaja air . Kacau lagi sehingga semua bahan menjadi mesra dan bila sudah masak, bolehlah tutup api.
No comments:
Post a Comment