Wednesday, August 18, 2010

KUZI AYAM


KUZI AYAM


ANDA PERLUKAN

  • 1 ekor ayam - dipotong 12
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 1 cmt garam
  • 1 ketul hati ayam**
  • 1 ketul hempedal ayam**
  • 2 biji bawang besar**
  • 1/2 cawan kismis
  • 1/2 cawan badam - dipotong memanjang
  • 15 biji bawang merah - dimayang halus dan digoreng hingga kekuningan
  • 1 tin susu cair
  • 1 botol sos tomato Del Monte
  • 4 cmb rempah kuzi - dibancuh dengan sedikit air
  • 6 biji bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 cawan (250 ml) minyak
  • Garam dan gula secukup rasa
* Bahan ini ditumbuk
** Bahan ini dipotong kiub


CARA MEMBUATNYA
  1. Bersihkan ayam dan lumurkan dengan garam dan bawang putih yang telah ditumbuk. Perap seketika.
  2. Panaskan minyak dan goreng bawang merah yang telah dimayang dan digoreng tadi. Setelah masak, angkat, toskan dan tumbuk hingga halus.
  3. Kemudian goreng bawang besar sehingga kuning, angkat dan toskan.
  4. Goreng badam hingga kuning, angkat dan toskan.
  5. Goreng kismis, angkat dan toskan.
  6. Kemudian goreng pula hati dan hempedal ayam hingga masak, angkat dan toskan.
  7. Akhir sekali goreng ayam hingga setengah masak, angkat dan toskan.
  8. Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk tadi dengan menggunakan baki minyak yang sama.
  9. Masukkan rempah kuzi dan kacau hingga masak. Kemudian masukkan sedikit air. Tambahkan susu cair, sos tomato dan kacau lagi.
  10. Akhir sekali masukkan semua bahan yang telah digoreng tadi (ayam, bawang besar, badam, kismis, hati dan hempedal ayam), serta bawang merah goreng yang ditumbuk.
  11. Masak sehingga kuahnya kelihatan pekat.
  12. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Biarkan di atas api yang perlahan selama kira - kira 30 min.

TIPS

  • Sangat sesuai dimakan bersama roti jala, roti biasa dan juga nasi minyak.
  • Rempah kuzi boleh dibeli dari Secukup Rasa RM15.00 untuk 1 paket lebih kurang 200 gm (boleh dimasak untuk 3 - 5 ekor ayam)
  • Seperti kerutuk, kuzi juga memerlukan lebih penelitian.
  • Boleh juga ditambah sedikit minyak sapi untuk rasa lebih lazat.
  • Pastikan kuahnya agak pekat.

TEMPOH MEMASAK : 40 min
HIDANGAN UNTUK : 5 - 6 orang.


"Sekiranya baru nak cuba, kenalah buat perlahan - lahan sebab ia agak memerlukan sedikit perhatian tetapi kalau menjadi, memang sedap dan pasti nak buat lagi.

No comments:

Post a Comment