Bahan-Bahan:
2 helai daun pandan) – tumbuk dan campurkan 1 sudu makan air, ambil jusnya
500 ml air
400 g beras pulut – cuci dan tos
1 sudu teh garam
20 helai daun pisang bersaiz 3” x 9”
200 g kelapa parut putih, gaul bersama 1 sudu teh garam
Cara Penyediaan:
1. Satukan jus pandan, air dan beras pulut dalam periuk. Tanak hingga mendidih atas api sederhana. Masukkan garam dan gaul rata. Teruskan masak hingga hampir kering. Kecilkan api dan biarkan sehingga pulut masak.
2. Lipat daun pisang membentuk kon. Masukkan 2 sudu beras pulut yang telah ditanak dan balut dengan kemas.
3. Susun dalam pengukus dan kukus selama 20-30 minit. Tutup api dan sejukkan pada suhu bilik.
4. Sebelum dihidang, buka pembalut daun pisang, masukkan pulut ke dalam pinggan hidangan dan gaul bersama kelapa parut. Tuangkan air gula sira.
Air Gula Sira:
90 g gula sira – pecah-pecahkan
90 g gula kastor
500 ml air
Satukan kesemua bahan dalam periuk dan panaskan hingga mendidih dan gula larut sepenuhnya. Tapis.
No comments:
Post a Comment