560 gram beras pulut – dibersih dan ditoskan
250 ml santan – dari sebiji kelapa
2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 keping asam keping
Air secukupnya
1. Rendam pulut dengan asam keping, air dan serbuk kunyit semalaman.
2. Ratakan pulut dalam pengkus yang telah dialas dengan kain net.
3. Kukus selama 15 minit atau hingga tiga suku masak.
4. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk atau loyang.
5. Tuangkan santan yang telah dicampurkan dengan garam ke dalam pulut dan gaul hingga rata.
5. Kemudian ratakan semula pulut ke dalam pengukus yang telah dialas kain net tadi dan kukus lagi selama 15-20 minit.
Nota:
Untuk mendapatkan pulut kuning yang cantik warnanya, masukkan sedikit kunyit hidup yang telah ditumbuk ke dalam pulut yang direndam semalaman.
No comments:
Post a Comment