IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK
Bahan-bahan ( 4 org makan )
- 9 biji bawang merah/kecik (tumbuk)
- 6 biji bawang putih (tumbuk)
- 1 inci halia (ketuk)
- 1/2 inci kunyit (tumbuk)
- 13 biji cilipadi (tumbuk)
- 3 keping lengkuas (yg dihiris nipis2)
- 1 mangkuk kecik tempoyak
- daun kesom seikat
- air secukupnya
- ikan patin sederhana besar
Cara-cara
- Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk sehingga layu dan bau wangi.
- Tambah halia,kunyit dan lada yang ditumbuk.Kacau sebentar.Tambahkan air lebih kurang dalam 2 senduk.
- Letakkan ikan dan tambah air sehingga paras ikan.Masukkan lengkuas.
- Letakkan tempoyak dan garam sedikit.Tunggu sehingga mendidih.
- Bila dah mendidih,masukkan daun kesom dan kacau sedikit2.
- Tutupkan periuk lebih kurang dalam 15 minit. Kemudian rasa masam dan masinnya.
- Sekiranya tempoyak terlalu masam boleh tambah sedikit gula.Kalu terkurang masam blh tambah asam keping.
- Kemudian boleh di hidang.
- P/S : Jika suka kuah pekat boleh dilebihkan tempoyak.Jika suka kuah cair lebihkan sedikit air. Bawang merah,bawang putih dan lada boleh disesuaikan mengikut cara masing2 memasak.ok?
No comments:
Post a Comment