2 cawan nasi
21/2 cawan air
1 cawan gula perang
3/4 cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 sudu teh yis kering
Cara-caranya:
- Masukkan nasi, air, gula perang dan gula pasir dalam pengisar dan kisar hingga halus. Ketepikan.
- Dalam mangkuk besar, campurkan tepung gandum, tepung beras dan yis kering. Gaul mesra.
- Masukkan bahan-bahan yang dikisar ke dalam mangkuk berisi campuran tepung tadi dan kacau hingga sebati serta tidak bergentel.
- Bahagikan kepada 4 bahagian dan warnakan setiap bahagian dengan pewarna merah, hijau, kuning dan original.
- Rehatkan selama 3 jam. Sapu minyak masak pada acuan, tuang adunan dan kukus selama lebih kurang 15 minit di dalam kukusan yang telah siap dipanaskan.
No comments:
Post a Comment