Monday, December 27, 2010

Rendang Ayam

Bahan-bahan:
1 ekor ayam dipotong empat belas
15 tangkai cili kering direbus dan dikisar
5 biji cili merah dikisar
25 biji bawang kecil dikisar
4 biji bawang putih dikisar
1 inci halia dikisar
½ inci lengkuas dikisar
4 batang serai dikisar
2 batang serai ketuk
3/4 inci kunyit hidup dikisar
½ helai daun kunyit disiat
2helai daun limau purut
4 biji buah keras kisar
½ kilo santan pekat
2 sudu jus asam jawa
1 helai daun kunyit dihiris
3 helai daun salam
2 sudu makan kerisik
garam dan gula melaka
Info
Jika ayam dimasak dalam kuantiti yang banyak atau ingin membawa dalam perjalanan, bolehlah ayam dilumur kunyit dan garam terlebih dahulu dan dibakar dalam oven (ini untuk mengelak ayam pecah apabila dikacau selalu.Ayam yang dibakar akan kecut airnya dan lebih sedap dan wangi aromanya berbanding dengan digoreng). Bakar lebih kurang 20 minit pada suhu 170C.
Cara masak
1.Masukkan semua bahan yang telah dikisar, daun kunyit siat, dan serai ketuk ke dalam ayam dan masak secara lebur.
2.Setelah bumbunya kering, masukkan santan. Kacau sehingga ayam masak dan kuahnya kering.
3.Masukkan asam jawa, garam, gula dan kerisik.(Jangan masuk kerisik awal sebab bumbu mudah hangus)
4.Setelah bumbunya kering taburkan hirisan daun kunyit, daun salam dan daun limau purut. Setelah berbau wangi tutup api.

No comments:

Post a Comment