Saturday, December 18, 2010

Sagu Hati Kak As ♥

♥ Nona Rose ♥
Bahan-bahan
3 cawan sagu biji
5 cawan air
2 1/2 cawan gula pasir
sedikit perwarna merah
1 sdt esen rose
kelapa parut + sedikit garam (kukus sekejap)

Cara- cara
Rendam sagu biji antara 1-2 jam... basuh dan toskan.
Dalam periuk lain, masak air dan gula sehingga mendidih.
Masukkan pewarna dan esen rose. Kemudian masukkan sagu biji yg telah ditos tadi. Kacau sampai sagu betul2 kembang dan likat.. griskan loyang dengan minyak, tuangkan sagu yang dimasak tadi.. ratakan
Panaskan kukusan, kukus sagu anggaran 10-15 minit..
Sejukkan, potong dan gaul dengan kelapa.
sedia dihidang.. :)

Kuah
5 sdm tepung beras
5 cawan santan (sebiji kelapa)
2 sdm gula pasir
1 sdt garam
sehelai daun pandan, simpulkan

bancuh sumer bahan di atas...
masak atas api perlahan sampai agak pekat..
tuangkan ke dalam mangkuk sagu..
sejukkan, makan.. :)

No comments:

Post a Comment