Thursday, December 9, 2010

Resepi KARIPAP INTI IKAN


Bahan Kulit Karipap :

3 cawan tepung gandum

2 sudu marjerin

2 sudu minyak(dicairkan)

Sedikit air

Cara Membuat:

1.Marjerin dan minyak dicairkan dan dituang semasa masih panas ke atas tepung gandum.

2.Kemudian masukkan air.Uli hingga menjadi doh.

Bahan Inti Karipap:

1 biji kelapa (ambil santan pekat dalam 2 cawan)

1 kg ikan selayang/mackerel/kembung } rebus dan asingkan isinya 1 sudu kecil halba 6 ulas bawang merah } mayang halus 1 inci halia} mayang halus

Garam secukup rasa

Cara Membuat:

1. Kisar isi ikan dengan santan hingga halus (atau ikut citarasa jika tidak mahu halus)

2. Masukkan dalam kuali isi ikan dengan santan, kacau hingga hampir kering.

3. Masukkan halba, bawang merah, halia dan garam secukup rasa

4. Kacau lagi sehingga inti tersebut agak kering

5. Boleh lah diangkat dan sejukkan.

6. Ambil doh karipap canaikan dan letakkan doh dalam acuan karipap.Masukkan sesudu inti.

Boleh juga dikelim tepi karipap dengan tangan. Goreng sehingga kekuningan.



No comments:

Post a Comment