Thursday, December 9, 2010

Resepi Kuih BRONOK SAGU


Bahan-Bahan:

2 cawan biji sagu (rendam dulu selama 1 jam untuk kembangkan biji sagu)

1 1/2 cawan gula

3 sudu besar perisa sirap ros/ pewarna merah

2 cawan air

Kelapa parut ambil yang putihnya saja

Secubit garam

Cara Membuatnya:

1. Sejat sagu yang direndam tadi. Masukkan ke dalam periuk bersama 2 cawan air.

2. Masukkan gula dan perisa sirap ros menggunakan api yang perlahan kerana sagu mudah

melekat pada periuk jika api besar. Kacau tanpa henti hingga ia menjadi pekat.

3. Kacau sehingga sagu kelihatan berkilat.

Jika terlalu keras hingga sukar nak kacau,tambah air sedikit dan kacau lagi. Tutupkan api.

4. Tuang ke dalam bekas dan sejukkan.Potong mengikut citarasa.

Gaulkan kuih dengan kelapa parut yang telah digaul garam.



No comments:

Post a Comment