Bahan A 10gm serbuk agar-agar 700ml air 200gm gula melaka 2 helai daun pandan
Bahan B 30gm serbuk agar-agar 1600ml air 1 tin susu sejat (400ml) 420gm gula (kalau tak nak manis kurangkan sikit ..tp elok manis sebab bila campur kacang merah,cendol & jagung jadi tak manis)
1/2 tin jagung cream + pewarna kuning 100gm kacang merah (yang di rebus bersama sedikit gula) + pewarna hijau 100gm cendol + pewarna pink
Cara-cara 1. Satukan bahan A, masak hingga mendidih. Tapis dan tuangkan ke dalam loyang 11" empat segi. Biarkan hingga hampir beku. 2. Satukan bahan B, masak hingga mendidih. Angkat dan bahagikan kepada 3 bahagian. (+- 750ml setiap lapisan) 3. Lapisan 1 : Campurkan dengan jagung cream dan pewarna kuning, kacau rata dan tuangkan ke atas lapisan agar-agar gula melaka. Biarkan hampir beku. 2. Lapisan 2 : Campurkan dengan kacang merah dan pewarna hijau, tuang ke atas lapisan 1, biarkan hampir beku. 3. Lapisan 3 : Campurkan dengan cendol dan pewarna pink dan tuang ke atas lapisan 2, biarkan suam sedikit baru di simpan di dalam peti sejuk.
No comments:
Post a Comment