Bahan A 10 gm serbuk agar-agar 150 gm gula melaka + 1 sudu makan gula pasir 870 ml air 2-3 helai daun pandan (simpul) sedikit pewarna cokelat
Bahan B 10 gm serbuk agar-agar 140 gm gula pasir 870 ml santan 1 sudu teh garam
Bahan C Loyang berukuran 8"x 8"x 3"
Cara-Cara 1) Masak Bahan A sehingga mendidih. Masak pula Bahan B sehingga mendidih.
2) Tuang ke dalam loyang sebanyak 200ml agar-agar plain (Bahan A). Biarkan sebentar sehingga ia hampir keras, baru dituangkan lapisan kedua iaitu 200 ml agar2 santan (Bahan B). Biarkan sehingga lapisan kedua ini hampir keras juga.
3) Kemudian tuangkan lapisan seterusnya berselang-seli, plain dan coklat. Ulangi melapis sehingga agar-agarnya habis digunakan.
4) Agar-agar yg hendak digunakan itu haruslah berada di atas api yg kecil, supaya ia senantiasa cair dan mudah bila dibancuh dgn pewarna.
5) Setelah selesai melapisnya, tunggu hingga ia sejuk, barulah didinginkan dalam peti sejuk. Enak dihidangkan dalam keadaan dingin.
No comments:
Post a Comment