Bahan A 20 gm serbuk agar-agar 340 gm gula pasir 1725 ml air 6-8 helai daun pandan
Bahan B 20 gm serbuk agar-agar 340 gm gula pasir 1725 ml santan 1 sudu teh garam
Bahan C Loyang berukuran 23 x 23 x 8 cm (lebih kurang 9 x 9 x 3 inci) Pewarna ungu, kuning, merah, hijau atau apa pun warna pilihan anda
Cara-Cara Masak Bahan A sehingga mendidih. Masak pula Bahan B sehingga mendidih. Tuang ke dalam loyang sebanyak 230 ml agar-agar santan (Bahan B). Tunggu sebentar sehingga ia hampir keras, baru dituangkan lapisan kedua iaitu 230 ml agar-agar jarang (Bahan A). Biarkan sehingga hampir keras, lalu dituangkan lapisan seterusnya dengan menggunakan setetes dua pewarna pilihan anda.
Ulangi melapis sehingga agar-agarnya habis digunakan, Agar-agar yg hendak digunakan itu haruslah berada di atas api yg kecil, supaya ia senantiasa cair dan mudah bila dibancuh dgn pewarna.
Setelah selesai melapisnya, tunggu hingga ia sejuk, barulah didinginkan dalam peti sejuk. Enak dihidangkan dalam keadaan dingin.
No comments:
Post a Comment