DONUT Bahan A 3 cawan tepung gandum 3 sudu besar susu tepung 3 sudu besar lelemak sayuran (shortening) 1/2 camca teh garam (gaul sumer bahan sampai rata)
Bahan B 200ml air suam 2 sudu teh instant yeast (ikin guna 1 paket (10gm)) 3 sudu besar gula pasir (campur sumer.. larutkan gula pasir tu.... then tutup mangkuk, tggu +-10minit.. campuran akan berbuih)
Kaedah penyediaan: 1. Satukan semua Bahan A. Masukkan bancuhan Bahan B ke Bahan A.Kemudian uli doh hingga licin dan lembut. 2. Terus terap atau bulat-bulatkan dan letak inti pilihan. 3. Perap hingga naik dua kali ganda, lebih kurang 30 minit. 4. Goreng dengan api sederhana hingga warna coklat keemasan. Minyak jgn panas sgt.. nnti donut tak masak elok.. hehehe cepat hangus.. :) 5. Salut gula icing atau celup dalam coklat cair
kalau nak buat pizza bulat2kan pastu canai... tak perlu terap.. untuk topping pizza... sapukan spaghetti sos/ chili sos/ tomato sos... taburkan apa2 bahan yg dikehendaki.... lastly... tabur cheese byk2... bakar 160'C... lebih kurang 30 minit.. atau sampai masak
No comments:
Post a Comment