BAHAN-BAHANNYA:) 1 cawan labu di rebus dan di lecek hingga halus.. 2 cawan tepung pulut - klu nak banyak boleh tambah( nanti banyak le dapatnya...) seketul gula melaka untuk intinya- dihiris-hiris- klu tak ada gula melaka guna gula merah pun boleh ...jgn kata takda gula melaka alasan tak boleh wat... kelapa parut yg putih secukupnya + sedikit garam halus Air utk membancuh dan Air secukupnya utk merebus.
CARANYA:) - Didihkan air dlm periuk . - Gaulkan tepung pulut + labu lecek dengan air sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh dibentuk dan adunan tidak melekat kat tangan. -Ambil sedikit adunan ,dan leperkan atas tapak tangan, masukan gula melaka ditengahnya dan tutup semula. Buatkan bentuk bulat. - Rebus dalam air mendidih sehingga buah melaka timbul .Tanda dah masak. Angkat dan toskan . - Golekkan di atas kelapa parut yg dicampurkan dgn sedikit garam . - Dah siap...ondeh2 labu Buah Melaka.. boleh dihidangkan....
No comments:
Post a Comment