Monday, December 13, 2010

Recipe For Nasi Minyak

Bahan-bahan
-------------------------------------------
Bahan untuk nasi

5 cawan Beras wangi ( kalau tak ada beras biasa pun boleh)
1 cawan susu cair (condense milk pun boleh tapi kena campur dgn air ½ cawan susu + ½ cawan air, nanti manis sangat nasi tu)
5 - 6 cawan air rebusan ayam atau daging (lebihkan air kalau beras yang jenis keras sikit, kurang kalau beras lembut)
Garam secukup rasa.
---------------------------------------------
Bahan untuk menumis

2-3 ulas bawang merah di hiris nipis-nipis
2 ulas bawang putih juga diris nipis
1 inci halia dihiris halus
1 biji buah pelaga
1 biji bunga lawang
3 inci kulit kayu manis
3 sudu minyak sapi (ghee)
2 sudu margerin atau butter
1 sudu minyak masak biasa (minyak kelapa atau soya atau apa2 lah)
Daun pandan 2 helai kalau ada.
----------------------------------------------
Bahan untuk hiasan

Kismis
Badam
Gajus
Bawang goreng
Hirisan daun bawang dan daun sadri
-------------------------------------------------
Cara memasak

1. Cara membuat air rebusan ayam atau daging.
2. Ayam/daging di basuh dan di potong
3. Rebus dengan air sehingga air mendidih. Masukkan sedikit garam.
4. Kandungan air mestilah cukup untuk nasik seperti di atas (kat bahan2 tu !)
5. Ambil air sahaja untuk nasi. Kalau ayam yang digunakan, ayam boleh diperap dengan kicap dan sedikit gula atau madu. Kemudian di goreng jadikan ayam berkicap, sedap dimakan dgn sos.
6. Kalau daging sama jugalah, perap dengan kicap dan kemudian masak sampai daging empuk, masukkan gula sikit, ubi kentang yang dipotong nipis membulat. Masukkan daun bawang dan hirisan bawang besar.
--------------------------------------------------
Cara nak masak nasi

1. Basuh beras dan toskan. Kalau nak guna rice cooker, masukkan beras yang telah ditoskan tu ke dalam rice cooker.
2. Panaskan minyak (yang tiga jenis tu) di dalam periuk
3. Masukkan bahan-bahan tumisan (bawang merah, bawang putih, rempah2 etc.)
4. Kalau ada daun pandan masukkan sekali.
5. Bila bawang dah kuning, garing sikit, bau pun dah naik, masukkan air rebusan dan susu
6. Masukkan kan garam secukup rasa. Kalau air rebusan dah di tambah garam, kurangkan garam dalam nasik ni.
7. Kacau selalu, bila dah mendidih, angkat dari dapur dan masukkan ke dalam rice cooker yang berisi beras. Masak macam biasa masak nasi.
8. Bila nasi dah kering, kacau dan lihat samada lembut atau masih keras. Kalau agak keras atau nak lembutkan lagi, masukkan air rebusan atau air panas biasa ke dalam rice cooker dan tutup hingga masak.
9. Kalau tak pakai rice cooker, sampai kat step 7 di atas, masukkan beras yang ditoskan tadi ke dalam periuk. Kacau, rasa garamnya dan tutup. Api biar sederhana, nanti yang bawah akan hangit dan yang atas masih mentah.
10. Biarkan nasi kering. Kacau dan kecilkan api. Biar sampai nasi masak.
--------------------------------------------------

Untuk hiasan

Hirisan badam dan gajus di goreng hingga kuning.
Kismis boleh digoreng atau tidak di goreng
Bawang merah di mayang nipis dan di goreng
Daun sadri dan daun bawang di hiris halus.

Bila nasi dah masak sempurna, sendukkan ke dalam pinggan dan taburkan bahan-bahan hiasan.


No comments:

Post a Comment