Resepi AYAM MASAK KURma
Bahan-Bahan:
1/2 ekor ayam dipotong ikut suka
Dikisar:
3 biji bwg merah
3 biji bwg putih
1 biji cili hijau 1 inci halia
1 inci kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1 pkt kecil serbuk rempah kurma Adabi, dibancuh dgn air
1 btg serai, dititik
Sekeping asam jawa
2 biji buah keras, ditumbuk
1 biji kentang, dibelah4
1 biji bawang besar, dibelah 4
1 biji buah tomato, dibelah 4
1 biji cili hijau, dibelah
1 mangkuk santan
Minyak utk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Cara:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar, rempah ratus, halia dan serai hingga naik bau.
2. Masukkan rempah kurma dan buah keras. Tambah sedikit air dan kacau.
3. Masukkan ayam dan kacau hingga ayam disaluti rempah dan bertukar warna agak keputihan. Tuangkan santan dan kacau sesekali hingga mendidih. Masukkan kentang dan masak sehingga kentang lembut.
4. Masukkan asam keping dan perasakan dengan garam dan gula.
5. Masukkan bawang besar dan cili hijau yg telah dibelah. Kacau sebentar dan bolehlah dihidang dgn nasi.
No comments:
Post a Comment