Monday, November 29, 2010

Kek Keju Amerika


Image

BAHAN LAPISAN KEJU:

500 gm keju

140 gm gula

2 biji telur

CARA MENYEDIAKAN:

Putar keju dan gula sehingga putih. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Ketepikan.

BAHAN LAPISAN KEK SPAN:

125 gm tepung kek span

2 biji telur

50 ml air

50 ml mentega cair

1 sudu besar serbuk koko

CARA MENYEDIAKAN:

Putar tepung, telur, air, serbuk koko dan mentega cair sehingga kembang. Masukkan minyak perlahan-lahan. Bakar pada suhu 180 0C selama 40 minit. Bila masak, potong bahagian tepi dan atas.

BAHAN LAPISAN BISKUT:

1 cawan serbuk biskut mari

1/4 cawan marjerin cair

CARA MENYEDIAKAN:

Satukan kedua-dua bahagian sehingga boleh dikepal.

CARA KESELURUHAN:

1. Ratakan lapisan biskut ke dalam acuan.

2. Biarkan sebentar di dalam peti sejuk.

3. Lapiskan dengan lapisan kek span.

4. Tuangkan lapisan keju.

5. Bakar selama 40 minit dengan suhu 150 0C.

PESAN :

  1. Kek mestilah dibakar secara ‘kukus’ - Acuan kek diletakkan di dalam loyang yang berisi air.
  2. Selepas bakar, jangan dikeluarkan kek terus dari oven. Buka pintu oven dan biarkan kek sejuk di dalam oven. Ini bagi mengelakkan permukaan kek merekah.
  3. Kek hendaklah disejukkan semalaman sebelum dimakan.
  4. Loyang kek sebaiknya menggunakan bentuk ‘ring’. jika tidak ada loyang seperti itu, anda bolehlah lapikkan loyang dengan kertas aluminium. Ini kerana untuk mengeluarkan kek keju, ia tidak boleh diterbalikkan seperti kek-kek lain. Kita harus angkat kertas aluminium untuk mengeluarkan kek.

No comments:

Post a Comment