Monday, November 22, 2010

Resepi Puding Koktel *


Bahan-Bahan:

2 bungkus agar-agar strip

2.8 liter air

4 sudu besar tepung kastad

1 sudu besar tepung jagung (tepung kastad dan tepung jagung dibancuhkan dengan sedikit susu cair)

1 sudu kecil esen vanila (jika suka) Gula secukup manis

1 tin susu cair

1 bekas nata de coco perisa asli (toskan airnya)

1 tin buah-buahan koktel dalam tin

Caranya:

1. Basuh agar-agar strip kemudian toskan. Masukkan dalam periuk dan tuangkan 2.8 liter air dan masak sehingga agar-agar larut sepenuhnya sambil dikacau-kacau sentiasa.

2. Bila agar-agar sudah larut, masukkan gula. Kacau-kacau hingga gula larut.

3. Tuangkan susu cair diikuti bancuhan tepung kastad dan tepung jagung tadi, sambil sentiasa dikacau-kacau.

4. Biarkan seketika sambil dikacau-kacau. (Rasakan ia, jika suka lebih manis boleh tambah gula) Tutupkan api.

5. Sediakan 2 tray yang sesuai. Tapiskan puding tadi ke dalam acuan. Kemudian masukkan nata de coco ke dalam setiap tray dengan kuantiti sama banyak. Kacau-kacau sikit nata de coco tadi agar tidak berkumpul satu tempat.

6. Biarkan puding sejuk dan keras sikit, kemudian bolehlah dimasukkan dalam peti sejuk.

7. Semasa menghidang, tuangkan buah-buahan koktel bersekali dengan sirapnya. 


Bahan-Bahan:

2 bungkus agar-agar strip

2.8 liter air

4 sdm tepung kastad

1 sdm tepung jagung (tepung kastad dan tepung jagung dibancuhkan dengan sedikit susu cair)

1 sdt esen vanila (jika suka) Gula secukup manis

1 tin susu cair

1 bekas nata de coco perisa asli (tiriskan airnya)

1 kaleng buah koktail kaleng

Caranya:

1. Basuh agar-agar strip kemudian tiriskan. Masukkan dalam panci dan tuangkan 2.8 liter air dan masak sampai agar-agar larut sepenuhnya sambil diaduk-aduk selalu.

2. Bila agar-agar sudah larut, masukkan gula. Kacau-kacau hingga gula larut.

3. Tuangkan susu cair diikuti campuran tepung kastad dan tepung jagung tadi, sambil diaduk-aduk.

4. Biarkan seketika sambil diaduk-aduk. (Rasakan ia, jika suka lebih manis bisa tambah gula) Tutup api.

5. Sediakan 2 tray yang sesuai. Tapiskan puding tadi ke dalam acuan. Kemudian masukkan nata de coco ke dalam setiap tray dengan jumlah sama banyak. Kacau-kacau sikit nata de coco tadi agar tidak berkumpul satu tempat.

6. Biarkan puding dingin dan keras sikit, kemudian bisa dimasukkan dalam kulkas.

7. Saat menghidang, tuangkan buah koktail bersekali dengan sirapnya.



No comments:

Post a Comment