Tuesday, November 2, 2010

karipap mini...

Bahan Doh:-

1 sudu minyak sapi
...1 sudu butter
100 ml air
1/2 sudu kecil garam
1 biji jus limau kasturi
225 g tepung gandum

Cara menyediakan doh:-
1. Minyak sapi, butter air dan garam dimasak hingga mendidih. Masukkan jus limau kasturi dan terus tutupkan api.

2. Buatkan bulatan di tengah tepung, dan tuangkan bahan panas tadi perlahan-lahan. Gaulkan rata menggunakan sudu. Uli hingga sebati dan ketepikan sebentar selama 10 minit.

Bahan Inti:

*100g ikan bilis/udang kering
*2 ulas bawang putih
*3 biji lada merah
*1 batang serai
(kisar bahan bertanda *)
Garam dam gula
3 sudu besar minyak untuk menumis

Cara Menyediakan Inti:-
1. Tumiskan bahan kisar hingga kering. Perasakan. Kemudian sejukkan.

Untuk membuat karipap mini:-
1. Canai doh nipis-nipis, dan terapkan sebesar duit syiling 50sen. Isikan inti dan kelim kemas-kemas. Buat hingga habis.

2. Goreng dalam minyak terendam, sambil tu gaul-gaulkan karipap tersebut hingga kecoklatan yang rata. Angkat dan toskan. Jika nak simpan, sejukkan dan bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara.

1 comment:

  1. widihhh kren bgt nicchh bisa di coba nichhh

    thank's gan

    ReplyDelete