Monday, November 29, 2010

Apam Pisang Bersusu

Apam Pisang Bersusu

BAHAN A:

100 gm gula

4 biji telur

BAHAN B:

300 gm pisang

1/2 sudu teh soda bikarbonat

1 sudu teh esen vanila

1/2 sudu kecil serbuk penaik double action

BAHAN C:

240 gm tepung gandum

100 ml susu segar

1 sudu kecil yis

CARA MENYEDIAKANNYA:

1. Pukul telur dengan gula sehingga kembang. Ketepikan.

2. Lenyek pisang sehingga sebati dan masukkan soda bikarbonat, esen vanila dan serbuk penaik dan gaul rata.

3. Satukan adunan A dengan pisang yang dilenyek dan kacau sehingga sebati.

4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan gaul rata. Masukkan pula susu segar dan yis dan gaul lagi sehingga rata. Perapkan adunan selama satu jam.

5. Masukkan adunan ke dalam mangkuk aluminium dan kukus selama satu jam sebelum dihidangkan.

No comments:

Post a Comment