Hidangan Makanan LAUT
Bahan-bahan:
1/2 kg kepah - dibersihkan
1 labu bawang besar - dipotong bulat
3 ulas bawang putih - ditumbuk
5 ulas bawang merah - ditumbuk
2 batang serai - dititik
5 helai daun limau purut
15 batang kacang sepat
300 gm bunga kubis
2 sudu besar sos tiram
1 ketul kiub tomyam
5 tangkai cili padi - dihiris
Jus limau nipis
Garam secukupnya
1 cawan air
Minyak untuk menumis
1 biji tomato
Cara Menyediakan:
1. Tumiskan bawang putih dan bawang merah yang ditumbuk, kemudian masukkan 1 cawan air.
2. Masukkan kiub tomyam, sos tiram, cili padi, serai dan didihkan seketika.
3. Masukkan pula daun limau purut, jus limau, bawang besar, kepah serta garam secukup rasa.
4. Akhir sekali masukkan kacang sepet, bunga kubis dan tomato. Bila masak, angkat.
Sotong Masak Lada Hitam
Bahan-bahan:
10 ekor sotong sederhana besar
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 pelepah daun kari
20 gm lada hitam - ditumbuk halus
1 ketul kiub ayam
1 sudu besar sos tiram
Garam secukup rasa
1 sudu kecil tepung jagung
Minyak untuk menumis dan menggoreng
Sedikit kunyit serbuk
1 cawan air
Cara Menyediakan:
1. Sotong dibersihkan dan dikukus selama 5 minit atau sehingga empuk dan lembut.
2. Kemudian keluarkan dan gaulkan dengan kunyit, garam dan digoreng sehingga kuning. Susun di dalam piring.
Cara Menyediakan Sos:
1. Tumis bawang putih, bawang merah sehingga naik aroma.
2. Masukkan daun kari dan lada hitam yang telah ditumbuk. Masukkan satu cawan air.
3. Seterusnya masukkan kiub ayam, sos tiram dan garam secukup rasa. Akhir sekali, masukkan tepung jagung agar kelihatan likat.
4. Setelah kuah agak likat dan masak, tuangkan ke atas sotong.
Udang Dua Rasa
Bahan-bahan:
10 ekor udang galah - dibersih tanpa buang kulit dan kepalanya
125 ml minyak masak
1 sudu besar tepung jagung - dibancuh dengan*
2 sudu besar air*
1 biji telur - dipukul sedikit
Bahan-bahan Hiasan:
2 tangkai daun bawang - dipotong 2 cm
1 tangkai daun ketumbar - dipotong 2 cm
1 tangkai cili merah - dipotong menyerong
1 tangkai cili hijau - dipotong menyerong
Bahan-bahan Menumis:
2 sudu besar bawang putih tumbuk
2 sudu besar bawang merah tumbuk
1 sudu besar halia muda tumbuk
4 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
Bahan-bahan Kuah:
1 1/2 cawan air
2 sudu besar gula
1/2 sudu besar sos Lea and Perrins
1 sudu kecil minyak bijan
1/2 ketul kiub pati ayam
Garam secukup rasa
Cara Menyediakan:
1. Gaulkan udang dengan garam kemudian panaskan minyak dan goreng udang sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama, masukkan bahan-bahan menumis. Kacau sehingga naik baunya kemudian masukkan udang.
3. Masukkan pula bahan-bahan kuah. Kacau hingga rata dan biarkan hingga kuah pekat.
4. Masukkan bancuhan tepung jagung dan telur kemudian kacau sehingga rata. Masukkan daun bawang, daun ketumbar, cili merah dan cili hijau. Kacau dan angkat kemudian hiaskan mengikut cita rasa tersendiri sebelum menghidang
Sambal Kacang sotong
Bahan-bahan:
500 gm sotong - bersihkan
3 sudu cili kisar
1 cm halia - dikisar
1 cm lengkuas - dikisar
1 batang serai - dikisar
4 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
4 cm belacan - dikisar
1 kiub pati ikan bilis
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
75 gm kacang tanah - digoreng tanpa minyak dan ditumbuk
1 - 2 cawan air
1/2 cawan air asam jawa
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar. Kacau sehingga naik aroma.
2. Masukkan cili kisar dan kiub pati ikan bilis kemudian kacau hingga pecah minyak.
3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula kemudian kacau lagi hingga rata.
4. Masukkan sotong, kacau dan biarkan hingga masak.
5. Masukkan kacang tumbuk dan air, kacau hingga rata kemudian bviarkan hingga mendidih. Bila kuah agak pekat bolehlah diangkat.
Udang Berempah
Bahan-bahan:
500 gm udang sederhana besar
500 gm ubi kentang - kupas kulit dan potong nipis
5 sudu makan rempah kari ikan
5 ulas bawang putih - dimayang
10 ulas bawang merah - dimayang
2 labu bawang besar - potong bulat
5 tangkai daun kari
2 biji tomato
5 tangkai daun
Garam dan air asam jawa secukup rasa
1/2 cawan untuk menumis
Cara Menyediakan:
1. Ubi kentang digaul dengan sedikit garam dan goreng hingga masak. Ketepikan.
2. Tumis bawang putih dan bawang merah, kemudian masukkan daun kari dan rempah yang telah dibancuh dengan sedikit air. Biarkan ia benar-benar garing dan pecah minyak.
3. Masukkan tomato yang telah dipotong nipis supaya sebati dalam rempah.
4. Masukkan udang dan masak kira-kira lima minit. Masukkan air asam dan garam secukup rasa. Kecilkan api dan masukkan ubi kentang yang telah digoreng, daun sup dan juga bawang besar.
No comments:
Post a Comment