Tuesday, November 30, 2010

Asam Pedas Ikan Pari

1/2 kg ikan pari (boleh di gantikan dgn ikan lain)
5 tangkai daun kesum
1 kuntum bunga kantan di hiris
2 biji tomato di belah dua
4 biji kacang bendi
asam jawa secukupnya garam dan gula
minyak untuk menumis

Bahan Untuk Di Tumbuk
13 tangkai cili kering - jika suka pedas tambah lagi
9 ulas bawang kecil
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
1 inci lengkuas
sedikit belacan - boleh di bakar dulu jika suka
1-3 batang serai di titik

Caranya
1. Ikan di potong dan di bersihkan.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang di tumbuk. Goreng hingga wangi.
3. Masukkan daun kesum, bunga kantan, serai, air asam jawa dan air secukupnya. Biarkan mendidih.
4. Masukkan ikan dan garam serta sedikit gula secukup ras. Biarkan mendidih.
5. Kemudian masukan tomoto dan kacang bendi.

***Tips****

1. Selain daun kesum atau bunga kantan, letakkan beberapa helai daun kari pun boleh mewangikan masakan.
2. Menambahkan sesudu kecil halba juga boleh menambah perisa asam pedas anda.



Ayam Kepak Masak Minyak Bijan

Bahan-Bahan :
Beberapa ketul kepak ayam/drumstick ke apa2 lah
Sesame oil/Minyak bijan
3 sudu madu
Serbuk lada hitam
Fish sauce/Sos ikan
Bawang putih 5 ulas ( Potong nipis2)
Sos tiram

Cara-Cara :
1. Lumurkan ketul2 ayam tu dgn minyak bijan, madu, sos tiram, sos ikan ( jangan banyak sesangat - secukup rase). Campurkan bawang putih yang dihiris. Perapkan lbh kurang 1 jam.
2. Sejam kemudian angkat, taburkan serbuk lada hitam (terpulang ikut kepedasan).
3. Panaskan oven, Masukkan dalam oven lbh kurang 30 minit. Setiap 10 minit hendaklah tambah sos ikan terhadap ketul ayam tadi.

Kalau nampak tak cukup masak, lamakan sikit. Kalau nak tambah more accessories pun boleh, cth hirisan bawang besar, daun sup, button mushroom, carrot dll...



Kerabu Mangga Muda

Bahan-Bahan

10 biji mangga muda - dicincang halus memanjang
2 biji kelapa parut - digoreng dan dikisar kasar
200gm kacang tanah - digoreng & ditumbuk kasar
100gm udang kering - dikisar halus
5 ulas bawang merah - dihiris
50gm cili padi - dihiris halus
Secukup rasa gula, sos ikan & garam.

Cara menyediakannya

Masukkan semua bahan-bahan di atas dan gaulkan kesemua sehingga sebati.



Udang Dan Asparagus

Bahan-Bahan:

10 ekor udang besar: dibuang kulit kepala & sesungut saje.
1 ikat sayur asparagus, yang gemuk-gemuk lagi bagus. Di kerat panjang 2 in.
1 tiub tauhu elur (japanese tofu) ada dijual disuper market.
2 ulas bawang putih di cincang halus
Sikit garam & lada sulah
Sedikit minyak untuk menumis dan sedikit minyak bijan.

Caranya:
1. Di dalam minyak yang panas, tumis bawang putih, dah wangi, masukkan udang dan digoreng sambil alih-alihkan selama 1-2 min saje.
2. Kemudian masuk asparagus, kacau lagi 1 min.
3. Kemudian masukkan atu paket tauhu telur tadi dan dikacau cepat2.
4. Bila udang masak taruk garam dan lada sulah dan m. bijan.

Masakan ini dimasak sekejap saja. Udang tak boleh dimasak lama-lama takut keras dan tak sedap nanti.


Mee Ketam

1. Bahan-bahannya
1 kg mee basah
2 ekor ketam - dibuang karapes & dipotong dua sos tomato ] sos cili ] secukup rasa sedikit kicap ]
1 ketul kiub ikan bilis
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
serbuk sup adabi @ sup punjut
sayur-sayuran - sawi, karot, pucuk jagung, tomato buah, tauge, bunga kobis,
& kobis (option) minyak untuk menumis
2 -3 cawan air atau ikut suka, kalau nak kuah banyak tambah le air, kemudian tambah lerr bahan-bahannya sebiji telur.

2. Kaedahnya
1. Panaskan minyak
2. Tumis bawang putih & bawang merah yg telah ditumbuk
3. Masukkan air dan ketam kemudian rebus sehingga mendidih
4. Masukkan serbuk sup, sos cili dan sos tomato, kicap, kiub ikan
bilis, garam dan gula secukup rasa, tomato buah
5. Rebus lagi. Rasa kuah kalau dah ok, masukkan telur dan sayur
6. Tauge dan mee dicelur

3. Hidangan
Bubuh mee dalam mangkuk, kemudian letakkan tauge di atasnya kemudian bolehlah
dituangkan kuah panas-panas dan terus dimakan. rasanya macam mee bandung,
tapi kuahnya sedap sebab ada ketam.


Puding Roti

Bahan-Bahannya:
1/2 buku roti
santan dr 1 biji kelapa
gula dan garam secukup rasa

Cara-Caranya:
1. susunkan roti lapis demi lapis dalam loyang. Selepas tuh curahkan
santan kelapa yang dicampurkan dengan gula dan garam ke atas roti tersebut.

2. lepas tuh kukuslah sampai roti dan santan dah sebati..

OPTION :
1. kalau tak nak lapis-lapiskan pun boleh... kita ramas-ramas sampai sebati dengan gula dan santan tu, kalau nak bagi lagi sedap, untuk sebuku roti tu, bolehlah tambahkan 3-4 camca besar margerin.
2. Kemudian, kalau nak bagi menyelerakan dan berkhasiat untuk kanak-kanak (orang dewasa pun suka jugak), kurangkan gula tapi tambah kismis, sedap youuuuu... tapi nak membakar tu makan masa sikit....

Kalau nak hasilnya senang dipotong, (keras sikit), tambahkan roti tapi kurangkan santan... tapi kalau suka yang lembik-lembik (kena makan dengan sudu), lebihkan santan....


Ikan Pindang Serani

Bahan-Bahan:
1/2 cawan minyak masak
100g asam jawa
500g ikan siakap
2 biji cili merah / hijau dibelah dua
garam

Bahan A
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3cm kunyit hidup
1.5cm halia
3cm belacan

Cara:
1. Panaskan minyak didalam periuk dan tumis bahan A hingga naik bau.
2. Masukan air asam jawa dan biarkan ia mendidih, kemudian masukan ikan,
cili merah dan garam secukupnya.
3. Biarkan sehingga ikan masak

Back to Menu

Bubur Lambuk

Bahan-Bahan
Beras (agak2 jangan terlalu banyak)
Santan [asingkan pati (pekat) & cair]
1/2 sudu teh Halba
Serbuk Lada Hitam
Kentang / karot - didadukan
Udang kering - diblendkan
Halia sebesar ibujari
Bawang Merah
Daun Bawang
Daun Sup
Udang/Ayam/Daging (fresh)
Garam secukup rasa

Cara-Caranya
1. Basuh beras, rebus dengan air biasa dulu bersama Daging hingga separuh kembang dan daging empuk. (U/P : Daging hendaklah dimasak dahulu kerana liat)
2. Kemudian masukkan ayam, kacau diikuti dengan masukkan halba dan halia yang dihiris.
3. Masukkan santan cair dan rebus lagi.
4. Bila nasi dah agak kembang elok, masukkan garam secukup rasa, udang kering, karot, kentang, serbuk lada hitam dan udang serta pati santan. Kacau.
5. Sediakan dapur satu lagi. Goreng bawang merah yang dihiris tadi hingga kekuningan.
6. Angkat bersama-sama sedikit minyak (jangan terlalu banyak nanti berminyak sangat) dan masuk kedalam periok bubur tadi. Masukkan daun bawang /sup yang dihiris. Kacau.

Actually tak banyak beza dengan bubur TANPA SANTAN.



Puding Karemel Buah Peach

Bahan-Bahan :
5 biji telur
1 tin susu cair
1 tin buah peach (diasingkan airnya)
sedikit air suam
1 cawan gula hangus

Cara Membuatnya:
1. Pukul telur hingga sederhana kembang. Masukkan susu dan pukul lagi.
2. Kemudian masukkan air buah peach tadi.
3. Sementara itu, sediakan air gula hangus dalam mangkuk kaca yang boleh dikukus.
4. Tuang telur yang telah dipukul tadi kedalam air gula hangus.
5. Kukus selama 45 minit. Pertengahan kukus, atur buah peach diatasnyer
dan kukus semula hingga masak.

Kuih gunting
600g tepung gandum
1/2 peket rempah kari daging
serbuk cili secukup rasa
garam secukup rasa
1 genggam udang kering
1 ikat daun bawang
2 sudu majerin
1 biji telur
air secukupnya untuk menguli minyak untuk mengoreng
daun kari (jika suka)

Cara membuatnya:
1. campurkan tepung gandum, serbuk kari, cili dan garam dan gaul rata
2. campurkan majerin dan gaul rata sehingga jadi seperti serbuk roti(bread crumbs)
3. tumbuk halus udang kering, mayang halus daun bawang dan campurkan ke dalam adunan
4. campurkan telur dan air ke dalam adunan dan uli sehingga sebati
5. tebarkan adunan, canai sehingga nipis dan gunting, goreng menggunakan minyak yang banyak.


Gulai Tempoyak

Bahan-Bahan :
Ikan (dibersih dan dipotong ketul2)
Tempoyak (ikut cita rasa. . kalau nak kuat rasa dan pekat guna banyak about 5 sudu besar)
Cili basah/api (ikut kepedasan anda.. kalau suka pedas tambah cili)
Timun (separuh) - di buang biji dan dipotong dan dipotong panjang panjang macam buat gulai acar ikan.
Bawang merah
Garam
Gula
Serai - 2 batang atau mengikut citarasa.

Cara-cara :
1. Tumbuk cil, bawang merah hingga lumat. Kemudia masuk kan serai dan titik bersama-sama dengan cili dan bawang tadi.
2. Tempoyak di isi di dalam mangkuk yang agak besar dan gaul2 hingga hancur. Tapis agak2 ketulan2 yang tidak pecah dapat di asing.
3. Masukkan ikan kedalam periuk.
4. Masukkan air tempoyak kedalam periuk ( kepada yang sukakan santan )
5. Masukkan bahan yang ditumbuk kedalam periuk.
6. Letak periuk diatas api untuk dimasak.
7. Masukkan garam dan gula mengikut citarasa. Jika tempoyak agak masak, tambahkan gula untuk mengurangkan rasa masam.



Telur Kukus Air Ala Cina

Bahan-Bahannya :
2 biji telur ayam
1 1/2 mangkuk air
Sedikit minyak bijan
3/4 sudu besar minyak masak
Sedikit Garam
Sedikit serbuk lada putih / pepper
Lebih sedikit bawang goreng (preferable buat sendiri)
Lebih sedikit daun bawang dipotong dan dihiris macam biasa

Cara Penyediaan :
Sediakan satu mangkuk kaca yang boleh menampong cecair
1. Pukul telur ayam dalam satu mangkuk kecil sehingga berbuih.
2. Tambahkan air sebanyak 1 1/2 mangkuk bersama telur yang telah
dipukul tadi dan tuangkan ke dalam mangkuk kaca yang telah disediakan diatas tadi.
3. Masukkan lada putih / pepper.
4. Masukkan sedikit garam.
5. Masukkan setitik minyak bijan, kemudian kacau rata-rata.
6. Sebelum kukus, masukkan minyak masak ke dalam, sekarang akan
kelihatan minyak akan menampong di bahagian atas.

* Kekurangan air boleh menyebabkan telur itu kelihatan keras dan berkedut.
** Berlebihan air boleh menyebabkan telur itu tidak enak/tawar serta tidak menyelerakan.

Cara Memasak :
1. Masak air sehingga didih dalam satu periuk / bekas dan masukkan potstand didalamnya (apabila air telah mendidih, perlahankan api (kawal api) ke peringkat sederhana perlahan). Air tidak seharusnya lebih tinggi dari potstand tersebut.
2. Kemudian masukkan dan letakkan mangkuk yang siap berisi telur tadi ke atas potstand, tutup tudung dan kukus.
3. Jaga api, kukus dalam lingkungan 3 - 4 minit sahaja dan buka tudung periuk lihat samada ianya telah pejal dan sebati. Biasanya bahagian tepi akan mula pejal dan diikuti bahagian tengah. Tutup periuk semula dan tunggu sampai keseluruhan permukaan telur tadi kelihatan masak dan licin seperti Tau Fu Far, terus tutup api. Jangan tunggu lama kerana temp. dalam mangkuk boleh menyebabkan telur itu over cook dan rasa amat tidak sedap nanti.
* Tidak boleh kukus lebih dari 5 minit atau ianya akan jadi berkedut, kering dan hodoh! Paling lama 5 minit atau sempurna pejal, licin dan cantik, terus angkat dan jangan tunggu lama-lama.
1. Hidangkan, taburkan daun bawang serta bawang goreng ke atas permukaan telur yang telah masak dikukus.
2. Jika anda gagal memasaknya buat kali pertama, tidak apa dan cuba lagi... sememangnya resipi ini simple tapi amat menguji kemampuan/kepantasan tukang masak !!!

NOTE :
Anda boleh tambah daging ayam cincang (yang telah diperap dengan sedikit kicap cair) atau telur kuning masin ke dalamnya sebelum mengkukus, itu biasa dilakukan oleh kaum cina. Hasilnya seperti puding berisi daging tetapi tidak manis seperti puding! Belum cuba belum tahu, sekali cuba selalu buat!
Jika dimasak dengan sempurna dan berjaya, resipi ini diberi jaminan keenakannya !


Sayur Kangkong

Bahan-Bahannya:-
1 ikat sayur kangkung - diasingkan daun dan batangnya
beberapa ekor udang basah - kalau nak lebih sedap - lebihkan kuantitinya
2 ulas bawang merah
7 biji cili padi - kalau nak lebih pedas, lebihkan cili
segenggam kelapa parut - ambil santannya (anggaran air 1/4 cawan )
garam dan gula secukup rasa, sedikit minyak untuk menumis

Cara-Caranya:-
1. Tumbuk bawang merah bersama cili padi.
2. Panaskan minyak, tumiskan bahan yang ditumbuk tadi. Biarkan hingga berwarna keperangan.
3. Masukkan udang, kacau hingga udang setengah masak. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Batang kangkung yang telah diasingkan tadi dimasukkan dahulu, kacau hingga hampir layu, kemudian tuangkan santan yang telah diperah tadi. Kacau lagi hingga mendidih.
5. Akhir sekali masukkan daun kangkung dan kacau hingga sebati dan layu kesemuanya.
6. Hidangkan panas-panas, dijamin terbuka selera.InsyaAllah


Buncis Dengan Hati

Bahan-Bahannya :
600 gm kacang buncis
150 gm hati
1 cawan santan pekat
4 labu bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar minyak
Garam secukup rasa

Cara-Caranya:
Potong kacang buncis serong-serong sepanjang 2.5 cm. Potong hati sebesar 2 cm. Panaskan minyak. Masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dimayang. Kacau hingga lembut. Masukkan rempah, kacau supaya tidak melekat. Masukkan hati dan goreng selama 10 minit. Masukkan garam. Masukkan kacang dan balik-balikkan. Masukkan santan pekat. Masak hingga empuk.



Siakap Sos Tiram

Bahan-bahannya:
1 ekor ikan siakap yang sedang
3 ulas bawang merah- dikisar
½ sudu besar bawang putih
2 sudu besar sos tiram
1 biji limau nipis
1 sudu kecil lada sula
1 biji telur seri murni
½ cawan tepung sagu
garam secukup rasa
Daun salad sebagai hiasan

Sosnya:
2 batang lada merah- dikisar halus
½ sudu kecil bawang putih
5 sudu besar sos tomato
5 sudu besar sos cili
3 sudu besar air limau kasturi
1 sudu besar gula pasir


Cara-caranya:
Ikan siakap dibersihkan, dibelah seperti "fillet". Kemudian isi ikan, dipotong anggaran 1 ½ cm. Kepala ikan dan tulangnya jangan dibuang, ambil sedikit tepung sagu, gaul kepala dan tulangnya hingga rata, goreng hingga garing.

Gaulkan bawang merah, bawang putih yang telah dikisar, sos tiram, air limau nipis, lada sula dan garam hingga rata, masukkan isi ikan dan kacau hingga rata.

Kemudian isi ikan dcelupkan ke dalam telur yang telah dipukul, masukkan tepung sagu, gaul hingga rata. Kemudian digoreng hingga garing.

Hiaskan isi ikan di atas tulang ikan tadi, hiaskan dengan daun salad.
Satukan bahan-bahan sos, kacau rata dan masak sebentar. Hidangkan dengan ikan di atas.



Udang Masak Lemak Nenas

Bahan-bahannya :
10 ekor udang(sedrhana besar)
8 biji cili kering
2 biji cili merah
½ biji nanas

5 ulas bawang merah
2 batang serai
1 inci kunyit hidup
½ inci belacan
2 cawan santan
sedikit kerisik
sedikit gula

Caranya :
Bersihkan udang dan toskan. Taburkan sedikit gula diatasnya. Tumbuk cili kering,cili hidup,kunyit hidup,serai,belacan dan bawang merah hingga lumat. Masukkan santan ke dalam kuali & biarkan sehingga mendidih, barulah dimasukkan rempah yang telah ditumbuk tadi, masukkan sedikit minyak masak dan masukkan udang lalu dibalik-balikkan. Angkat udangnya terlebih dahulu.Masukkan nanas dan sedikit garam. Bila kuahnya telah sebati masukkan udang dan kerisik. Angkat dan hidangkan.

Back to Menu

Chicken Chop

Bahan-Bahannya :
4 - 8 keping daging ayam yang telah dibuang tulang & diketuk
½ cawan jus limau
½ cawan air bawang putih
1 sk serbuk lada hitam
2 sb kicap pekat
2 biji telur dipukul
1 cawan tepung jagung bubuh sedikit garam untuk perasa minyak untuk menggoreng
hiasan - timun, tomato kentang goreng dan daun salad

1. Ayam diperap bersama jus limau, air bawang putih, kicap dan serbuk lada hitam.
2. celupkan didalam tepung jagung & telur yang telah dipukul sedikit.
3. goreng kepingan ayam didalam minyak yang sederhana panas.
4. angkat & hias dengan timun, tomato, kentang goreng dan daun salad.
5. hidang bersama sos chicken chop.

SOS / Gravy
150gm sos cili
1 s.k. gula (optional)
2 cawan stok ayam
1 s.b. brown gravy (boleh dapat di super/mrkt - dalam paket)
3 ulas bawang putih - kisar halus
3 cm halia kisar halus
100 gm sos tomato
sedikit garam
Serbuk lada hitam kasar (ikut suka)

1. Tumis halia bersama bawang putih, masukkan gula, sos tomato, sos cili, garam dan air rebusan (stok ayam).
2. Angkat dan siram ke atas chicken chop.



Tomyam Campur

Bahan-BahanNya :
50 gm udang basah - dibuang kulit
50 gm sotong - potong ikut suka
100 gm isi ayam - dipotong dadu
1 biji buah tomato - potong ikut suka
3 batang serai - di titik
4 biji cili padi - di ketuk
1 biji bawang besar - di hiris bulat
2 ulas bawang putih - diketuk
1 - 2 biji limau nipis
2 - 3 helai daun limau purut
1 camb kicap sotong ( kicap cair Thailand)
sedikit bunga kobis dan carrot - potong ikut suka
daun sup & daun bawang
1/2 camb sos tomato siam - optional
garam, gula dan ajinomoto secukupnya.
4-5 cawan air

Cara-Caranya ::
Didihkan lebih kurang 4 cawan air di dalam periuk. Bila air mendidih, masukkan serai, bawang putih dan daun limau purut. Kemudian masukkan ayam, udang dan sotong. Apabila ia mendidih, masukkan pula bawang besar, garam, gula, ajinomoto, sayur-sayuran, cili padi, sos tomato, kicap siam dan buah
tomato. Ingat proses memasaknya mesti cepat. maksud saya api dapur mesti besar untuk memastikan tomyam anda lebih enak.

Dan akhir sekali, angkat dan taburkan dengan daun sup dan daun bawang.

* jangan ikut sukatan ni 100 % sebab saya pakai agak je...


Siakap Steam

Bahan-Bahannya :
1 ekor ikan siakap dibuang sisik dan isi perut.
pepper
0.5" halia dipotong halus
1 biji Bawang besar potong bulat
6 ulas bawang putih
3 sudu besar kicap cair
Daun bawang dipotong panjang sikit
garam
6 / 7 sudu besar air ( for kuah) unless nak berkuah, bubuh lebih sikit dan kicap lebih sikit
4/5 Asam makan bulat yang dipekat , selalu dijual dekat tempat titsbit.
kalau tak nak pun takapa. Ganti asam jawa sikit aje. Anyway Nanti balik rumah cari nama packet tu.

Cara-Caranya :
Periuk kukus siapkan masak air. Bubuh ikan yang dilumur garam dan pepper dalam pinggan besar . Tuang kicap cair dan air. Letak halia atas ikan. Tabur bawang besar. letak asam kelilikng ikan. Tabur daun bawang. Sementara tu tuang 2/3 sudu minyak dalam kuali dan goreng bawang putih kemudian tuang bawang putih bersama dengan minyak yang panas tu atas ikan. Kemudian bubuh dalam periuk kukus & tutup. Kalau air tak masak lagi selalunya saya biar 45 min plus ikan habis masak.so around 30 min if air dah mendidih.


Ayam Goreng Air Kelapa ( Style Indon )

Bahan-bahannya:
1 ekor ayam dipotong 8 keping
2 biji limau kasturi
5 ulas bawang merah
1 sudu besar bawang putih
1 sudu teh halia
1 sudu teh kunyit serbuk
2 helai daun kunyit
2 helai daun salam
2 batang serai
4cm lengkuas
1litre air kelapa
100ml air kelapa
70gm tepung beras
½ sudu teh bicarbonate of soda
Garam secukup rasa

Cara-caranya:
Bersihkan ayam, campurkan bahan-bahan kisar seperti bawang besar, bawang putih, halia, kunyit serbuk, serai dan lengkuas,kecuali daun kunyit dan daun salam. Rebus hingga ¾ masak.
Angkat ayamnya, ambil air ayam dalam 100ml dan ambil rempah-rempah yang tertinggal. Air ayam, tepung beras dan soda kuih dikacau rata ketepikan. Panaskan minyak, goreng ayam hingga kekuning-kuningan, dan toskan minyaknya.

Satukan adunan tepung beras soda kuih dan air ayam, bubuh sedikit garam, goring adunan hingga kekuning-kuningan. Hidangkan ayam di pinggan dan taburkan adunan tepung beras atas ayam



Hot Plate Toufu

Bahan-bahannya:
2 bungkus silken tofu
8 ekor udang yang sedang
3 ekor sotong
1 sudu besar taucho
2 biji telur
sedikit air
sedikit tepung jagung
1 sudu kecil lada sula
1 sudu besar sos tiram
1 sudu biji bawang besar- dihiris halus
½ sudu besar bawang putih
1 batang lobak merah
1 tin kecil cendawan
garam secukup rasa

Cara-Caranya :
Tofu dipotong 4, taburkan sedikit tepung jagung hingga rata, panaskan minyak dan goreng tahu hingga kuning. Panaskan sedikit minyak, masukkan bawang besar, bawang putih yang telah dikisar, tumis hingga wangi. Masukkan tachu, tumis lagi. Masukkan sotong yang telah dipotong dan sedikit air dan masukkan udang, lobak yang telah dihiris dan cendawan, kacau rata.
Masukkan tofu yang telah digoreng, ratakan. Panaskan hot plate, tuang sedikit minyak, ratakan, pukul 2 biji telur, garam dan lada sula. Kemudian tuang di hot plate hingga rata agak ½ masak
telurnya, masukkan bahan-bahan di atas dan ratakan. Hidangkan.



Kari Ikan Masin

Bahan-bahan
300 gm ikan asin - dikerat 3 sm tebal.
400 gm terung bulat (warna ungu).
¼ sudu teh halba
2 tangkai daun kari
1 bungkus rempah kari ikan
2 sudu teh asam jawa, garam & gula secukup rasa
½ sudu teh jintan putih
sedikit serbuk kunyit
Dikisar hingga halus
30 tangkai lada kering
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar kelapa parut

Bahan-bahan untuk ditumis
1 tangkai daun kari
1 biji bawang besar
¼ sudu teh biji sawi
2 sudu besar minyak

Cara membuatnya
Campurkan bahan-bahan berikut dalam sebuah periuk: ikan asin, terung, halba, daun kari, jintan putih, serbuk kunyit, rempah kisar, air asam jawa dan garam. Tutup dan biarkan mendidih. Setelah airnya mendidih, dikacau dan kecilkan apinya. Direnih sehingga terungnya empuk, masukkan bahan tumis, ditutup anggaran 1 minit supaya rasa rempahnya menyerap.



Nasi Ayam

NASI
Bawang kecil 6 biji
Halia seinci
Daun Sup 2 tangkai
Beras 4 pot
Air + kuah sup separas beras
garam secukup rasa

Cara-cara:
1) Bawang kecil dihiris halus, halia dipotong jangan terlalu kecil
2) Basuh beras masukkan garam, air & bahan (1), daun sup dipatah-patah je baru naik bau dan masak.
*Kalau nak nasi jadi kuning sikit, tumis bahan (1) dengan planta baru masuk dlm beras.

AYAM
Ayam 9 ketul
Halia seinci
Bawang putih 4 biji
Kunyit seinci
kicap manis 3 sudu besar
serai 3-4 batang
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1) Bahan-bahan diblend & diperap (lagi lama perap lagi meresap rempah tu)
2) Goreng ayam

SAMBAL
Cili merah 10 biji
Bawang putih 3 biji
Sos tomato / cuka 1 sudu besar
garam secukup rasa

Cara-cara:
1) Blend cili & bawang putih
2) Masak dalam periuk & tambah sos tomato / cuka & garam
* Ingat! Ada orang tak leh makan cuka...



Nasi Dagang

Bahan-bahan:
5 cawan beras nasi dagang ATAU (3 cawan beras pulut + 2 cawan beras biasa)
2 cawan santan pekat
4 cawan santan cair
2 sudu besar halba
10 ulas bawang merah kecil, mayang halus
6 ulas bawang putih, mayang halus
1½ inci halia, dihiris halus (seperti batang mancis)
Garam dan gula secukup rasa.

Cara memasak:
1.. Didihkan air didalam periuk kukusan
2.. Gaul beras dan santan cair dengan sedikit gula dan garam
3.. Alaskan kukusan dengan kain kapas yang bersih (seelok-eloknya dua inci melebihi paras bekas pengukus
4.. Masukkan beras yang sudah bersantan kedalam pengukus dan kukus sehingga beras masak
5.. Keluarkan beras yang sudah masak, masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar
6.. Semasa masih panas panas, gaul rata-rata dengan santan pekat (masuk sedikit-sedikit), bawang merah, bawang putih, halia dan halba. Sesuaikan gula dan garamnya.
7.. Hidang panas-panas bersama kuah dan sambal kelapa.

Gulai ikan tongkol (atau ayam) untuk nasi dagang

Bahan A
Dua ekor ikan tongkol sederhana besar
5 keping asam gelugor
2 inci halia, ditumbuk kasar
3 ulas bawang merah kecil, ditumbuk kasar
3 ulas bawang putih, ditumbuk kasar
Sesudu makan garam dan sesudu teh gula
Air untuk merebus (sekadar menutup ikan, lebihkan seinci)

Bahan B
Santan pekat dari satu biji kelapa
3 keping asam gelugor
5 ulas bawang merah kecil, ditumbuk
4 ulas bawang putih, ditumbuk
1 inci halia, ditumbuk
Satu peket rempah kari Adabi, dibuat pes
Satu sudu makan cili boh (kalau tak suka pedas, tinggalkan)
1 cawan santan cair, dibancuh dengan sesudu makan asam jawa.
2 sudu makan gula merah/ kabung/ melaka (atau kalau di Kelantan dipanggil "manisan")
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara memasak:
Rebus bahan A sehingga masak, dan renihkan selama setengah jam, kemudian ambil ikan sahaja dan ketepikan. Pijarkan minyak di dalam periuk Tumiskan bawang, bawang putih dan halia, sehingga naik bau
Masukkan rempah kari dan cili boh (jika guna) dan goreng sehingga keluar minyak
Masukkan santan cair yang telah dicampur dengan asam jawa dan ikan (ketepikan sekeping untuk sambal kelapa). Biarkan mendidih Masukkan santan pekat dan asam gelugor. Bila mendidih masukkan gula merah
Masukkan garam dan sesuaikan rasanya (kalau sudah masam, keluarkan asam gelugor)
Biarkan renih selama 15 minit sebelum dihidangkan bersama nasi dagang.

Sambal kelapa untuk Nasi Dagang

Bahan-bahan:
Kelapa parut (sebiji), disangrai sehingga perang
4 sudu makan gula kabung (manisan)
Sekeping ikan tongkol rebus, asingkan isinya sahaja

Cara memasak:
Tumbuk semua bahan-bahan sedikit demi sedikit. Pastikan kelapa tidak pecah minyaknya. Kalau tidak suka terlalu manis boleh kurangkan gulanya. Hidangkan nasi dagang dengan gulai ikan tongkol dan sambal kelapa. Boleh juga dimakan dengan sambal tumis dan acar timun.



Telur Bungkus

Bahan-Bahan:
5 biji telur
200 gm daging lembu - dicincang
200 gm sayur campur (jagung, lobak merah dan kacang pis)
3 ulas bawang putih - dicincang
1 labu bawang besar - dipotong dadu
1 cm halia - dicincang
1 sudu besar rempah ikan
2 sudu besar sup tomato
Sedikit garam

Cara:
Tumis bawang putih, halia hingga wangi kemudian masukkan bawang besar. Biarkan bawang besar layu dan masukkan rempah kari serta daging cincang. Kemudian tambahkan sup tomato, garam dan perasa. Akhir sekali masukkan sayuran campur. Biarkan sebentar hingga semuanya masak dan bolehlah diangkat. Pukul telur hingga kembang. Panaskan kuali dan goreng seperti membuat telur dadar. Apabila telur setengah masak, letakkan intinya ditengah-tengah dan lipatkan telur supaya intinya tidak terkeluar. Ulangi langkah yang sama sehingga adunan telur habis.


Peria Dan Ikan

Ikan tenggiri -
cili api
kunyit hidup
kelapa - (diasingkan pati santannya)
peria (direndam dengan air garam)
asam keping - agak-agak 2 atau 3 keping

Cara memasaknya:
1. Cili api dan kunyit di tumbuk dan dilumurkan / digaulkan dengan ikan (yang telah dibersihkan ).
2. Masukan santan dan kacau di atas api . masukan asam keping.
3. Api jgn kuat biar perlahan dahulu, takut nanti pecah minyak. Bila dah menggelegak masukkan peria yang dah dibersihkan.
4. Jangan lupa masukan pati santan bila peria dah agak agak dah nak masak.
5. Last sekali rasakan asam dan garamnya.



Ketam Goreng Taucu

Bahan-Bahannya:
Ketam...(ini dah tentulah)
Bawang merah
Bawang putih
Cili kering yang siap dikisar
Kicap manis Kipas Udang
Oyster Sauce
Tauchu
Sedikit lada hitam yang ditumbuk halus
Tomota Sauce
Sedikit gula, Air, Garam

Cara-Caranya.
Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili kering. Biarkan sehingga cili betul-betul garing.
Setelah bahan-bahan di atas garing masukkan Tauchu (lebih kurang 2-3 sudu bergantung kepada berapa ekor ketam - tidak boleh terlalu banyak juga sebab tauchu ni telah sedianya masin) , kicap manis kipas udang , oyster sauce , tomato sauce , sedikit lada hitam , gula , sedikit air dan garam secukup rasa.

Masukkan ketam dan gaulkan sehingga sebati . Tutupkan kuali semasa menunggu ketam masak supaya sos kita tidak kering dan hangus.

Cubalah....

P/S Tips : Halia tidak digunakan kerana penggunaannya akan menghilangkan rasa isi ketam.



Botok-Botok Ikan

Bahan-Bahan

1 ekor ikan tenggiri yang sederhana

2 biji bawang besar

5 biji bawang kecil

5 ulas bawang putih

25 biji lada padi

sedikit belacan

6 biji buah keras

kunyit, halia dan cekur sebesar ibu jari

1 batang serai (dititik)

lengkuas sebesar ibu jari (dititik)

1 sudu makan ketumbar

1/3 sudu makan jintan halus

santan secukupnya dari 3/4 biji kelapa

garam dan perasa secukupnya

Cara-cara

Siang dan bersihkan ikan. Dipotong sederhana.

Kisar semua bahan kecuali serai dan lengkuas.

Panaskan kuali. Setelah minyak panas, masukkan serai dan lengkuas.

Tumis bahan yang dikisar sehingga garing.

Masukkan santan, garam dan perasa.

Setelah mendidih masukkan ikan.



Ikan Bakar Sumbat

Bahan-Bahan

3 ekor ikan kembung (sederhana besar)

½ biji kelapa parut

daun pisang dan lidi

sedikit minyak

Tumbuk

5 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

6 tangkai lada kering (direndam dahulu)

1 inci halia

Perasa

garam secukup rasa

gula secukup rasa

Ikan

Tumbuk lada kering, bawang merah, bawang putih dan halia hingga lumat.

Kemudian masukkan kelapa dan tumbuk semula supaya sebati. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan bahan-bahan tumbuk tadi ke dalam perut ikan yang telah dibersihkan.

Sapukan sedikit minyak pada ikan. Bungkus ikan dengan daun pisang dan kemaskan dengan lidi.

Bakar sehingga ikan masak kira-kira 15 minit. Ikan siap dihidang. Sesuai dimakan dengan nasi.



Ikan Sumbat Istimewa

Bahan-bahan

8 ekor ikan kembung sederhana besarnya

12 sudu makan cili kisar

sedikit belacan

dua sudu makan air asam jawa pekat

gula secukupnya

garam dan perasa secukupnya

minyak untuk menggoreng

Cara-cara

Bersihkan ikan dan belah tepinya.

Kesemua bahan-bahan diatas digaul hingga sebati. Rasanya mestilah manis.

Panaskan minyak. Masukkan dua sudu makan cili yang digaul tadi kedalam ikan.

Goreng hingga garing. Setelah habis menggoreng, cili yang lebih ditumis hingga garing.

Selepas itu tuangkan keatas ikan tadi. Enak jika dimakan panas-panas bersama nasi.



Ikan Tiga Rasa

Bahan-Bahan

1 ekor Ikan Kerapu

cili padi - di hiris kasar

1 biji bawang besar - dipotong bulat

3 biji bawang kecil - dirajang

2 ulas bawang utih - dirajang

sedikit oyster sauce, fish sauce

sedikit minyak bijan

1 senduk kecil lemon paste

sedikit daun ketumbar atau daun pudina

sedikit tepung jagung

air dan garam secukupnya

Cara-cara

Ikan dibersihkan, kemudian dilumurkan dengan garam dan digoreng setengah garing dan diangkat.

Tumis bawang putih, bawang kecil, cili padi dan bawang besar hingga layu dengan minyak bekas ikan tadi dan sedikit minyak bijan. Setelah layu, masukkan sedikit fish sauce, oyster sauce dan lemon paste, dikacau rata dan masukkan sedikit air (jika ingin lebih berkuah, lebihkan air).

Setelah mendidih, tuangkan campuran tepung jagung dan air dan di kacau hingga pekat.

Masukkan daun ketumbar atau daun pudina dan segera diangkat. Tuangkan kuah keatas ikan yang telah digoreng tadi dan hidangkan ketika panas.


Ikan Cencaru Goreng Bercili

Bahan-Bahannya
4 ekor ikan cencaru yang sederhana besar (dalam 8 inci panjang X 3 inci lebar tengah-biarkan dgn kulit sekali)
belah belakang dari hujung kepala ke ekor - jangan
putus, buang insang dan perut - cuci bersih dan tos.
Gaulkan dan perap 15 minit dengan :
1 sudu besar serbuk kunyit
1/2 sudu besar garam

Kisar bersama hingga halus:
35 tangkai cili kering - potong dan rebus
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 cawan air

Bahan lain :
1 labu bawang besar - dihiris bulat kasar
1 sd besar garam
1/2 sd teh serbuk perasa
3 sd besar gula
2 sd besar asam jawa dibancuh dengan 2/3 cawan air
dari baki2 kisaran cili dalam blender
2 cawan minyak

Goreng ikan dengan minyak hingga garing. Angkat dan tinggalkan 1 cawan minyak lalu tumis bahan kisar bersama garam - petua cepat garing, hingga garing dan naik minyak (kira kalu dah jadi cam tahi minyak tu dah garingla). Masukkan air asam jawa dan kacau lagi hingga garing, masukkan gula, serbuk perasa (bahan2 perasa ni actually secukup rasa anda-tapi better ada rasa2 manis2 masam sikit).

Masukkan bawang dan kacau sekejap hingga gegelang bercerai - api jgn besar sangat nanti cepat hangus pasal ramuan ni tade air added.
Masukkan ikan dan kacau rata dan ratakan ramuan juga dalam bahagian dalam belakangnya.
Angkat dan hidangkan.

Boleh makan dengan nasi, bubur lambuk, nasi lemak dan roti canai.
Ikan cencaru boleh digantikan dengan ikan kembung, ikan selar atau cutlets - ikan tenggiri atau parang dan sebagainya.


Soto Ayam

Untuk soto nasi impit, rebus ketupat segera
Untuk mee hoon soto, celur mee hoon dgn air panas sehingga lembut

Kuah Soto (ayam / daging)
½ ekor ayam direbus dan diambil isinya. tulang ayam tadi masukkan balik
dalam air rebusan.
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan halus
1 sudu teh jintan kasar
1 sudu besar rempah kurma
minyak untuk tumis, garam

caranya:
1. Sangai ketumbar dan jintan atas kuali (sangai tu maksudnya goreng
tanpa minyak). Blend halus.
2. Bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas ditumbuk halus.
3. Tumiskan bahan ini sampai garing sikit dan masukkan rempah yang sudah diblendkan bersertakan rempah kurma. Jangan lupa tumiskan sekali dengan garam.
4. Bila nampak dah sebati dan kering, masukkan air rebusan dan tulang ayam tadi. Air ditambah sekiranya nampak pekat. Bila dah didih, taburkan daun sup dan daun bawang. Hidangkanler.

Untuk Sambal Kicap:
5 biji cili padi (ikut suka) ] kisar
1 sudu gula pasir ] kesemua
1 ulas bwg putih ] bahan dan
½ cwn kicap masin ] cukupkan
air limau nipis (ikut citarasa) ] rasanya

hidangkan bersama bahan hiasan.

Bahan-Bahan lain :
taugeh
kacang tanah - digoreng
suhun - digoreng
daun sup/bawang
bawang goreng
nasi himpit/mee/mee hoon
tauhu - digoreng & dipotong kecil2
fish ball - direbus & dipotong kecil2
½ ekor ayam direbus & disiat
½ ekor ayam digoreng & disiat
cili api - dimesin & campurkan dengan kicap manis & kicap masin



Mee Bandung

Bahan-Bahannye :
1 kg Mee kuning
400 g Sawi
250 g Udang sederhana
200 g Sotong
4 biji Kentang - rebus & blend
4 biji Tomato
½ botol Sos Cili
3 sb Sos Tomato
3 ketul Fish cake
10 tangkai Cili kering
1 biji Bawang besar
4 ulas Bawang putih
100 g Udang kering
6 cawan Air
Telur - ikut bil orang yang makan
Minyak , Garam
Daun sup & bawang goreng

Cara-Caranya :
Kuahnya (kalau boleh masak dalam periuk)
1) Blend bawang besar, bawang putih, cili kering & udang kering sehingga lumat & tumis
2) Masukkan sotong sampai separuh empuk, masukkan udang
3) Tambahkan sos cili, sos tomato, air & garam. Didihkan.
4) Lepas tu masukkan kentang blend & masak sampai mendidih.

Telurnye (dalam kuali lain tau)
1) Ambil sedikit kuahnya utk memasak telur. Masak telur satu persatu.
Lastly masukkan fish cake, mee, sawi & tomato dalam periuk tadi. Hidangkan dan taburkan daun sup dan bawang goreng.
Bolehlah dihidangkan utk. 4-5 org.



Ikan Kerapu Goreng ala Katonis

Ikan Kerapu 2 keping lebih kurang dibasuh dan diperap dengan sedikit garam dan cuci bersih-bersih. Perap garam dan kemudian cuci untuk tujuan hilangkan bau hanyir ikan. Ikan tidak perlu diperap dengan apa-apa dan selepas bersihkan dengan garam, terus goreng sahaja!

Bahan-Bahannya:
* Minyak masak untuk mengoreng
* Halia sebesar ½ tapak tangan - potong halia seperti bentuk hirisan
(macam potong timun buat laksa tapi nipis-nipis. Buat banyak2 sikit.
* kicap cair

Cara Memasak:
1. Goreng ikan Kerapu (ikut suka kalau suka garing)
2. Selepas ikan selesai digoreng, angkat dan letak atas piring
3. Ambil lebihan minyak goreng ikan tadi sebanyak 4 - 5 sudu besar dan
gorengkan hirisan halia sehingga keemasan.
4. Apabila halia selesai disediakan tadi (# 3), angkat hali dengan
minyaknya sekali dan curahkan ke dalam ikan. Maka sekarang permukaan ikan atas dipenuhi dengan hirisan halia yang harum.
5. Curahkan satu sudu besar kicap cair ke merata minyak bersama ikan
dan halia tadi.
6. Makan isi ikan dan cicah bersama minyak yang telah dicurahkan kicap
tadi dalam piring.


Kurma Kambing / Daging / Ayam

(Hidang Untuk 4 Orang)
Daging/ayam dipotong kiub
1 botol natural yogurt (size kecik macam Nestle punya, kalau tak suka masam, kurangkan)
1 biji bawang besar - mayang
3 ulas bawang putih - tumbuk
1/2 inci halia - tumbuk
1 tbsp ketumbar sebuk
1 tbsp jintan putih serbuk
1 tsbp cili serbuk
1/4 tbsp kunyit serbuk
2 helai bay leaves
Kulit kayu manis
Buah pelaga
Cengkih
Minyak masak/minyak sapi / butter untuk menumis

Cara-Caranya:
1. Tumis bawang besar sampai brown colour.
2. Masukkan bawang putih & halia tumbuk.
3. Masukkan kulit kayu manis, pelaga & cengkih, tumis sampai wangi.
4. Masukkan rempah2 serbuk, tumis sampai wangi.
5. Masukkan daging/ayam, kacau sebentar.
6. Masukkan yogurt & bay leaf.
7. Lastly, masukkan garam & sedikit gula (utk menggantikan serbuk perasa..).
8. Kalau agak2 daging tu masih liat, masukkan sikit air, tutup periuk (kacau sekali-sekala) & biar kuah sampai pekat.

Colour kurma ni tak macam kurma yg biase tu, kelabu, tapi merah kekuningan.
Ok, selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment