Puding Kastard Kek Coklat
BAHAN-BAHAN:
300 gm kek coklat
125 gm tepung kastard
1 tin air laici (tin buah laici)
150 gm susu cair
Sedikit buah dalam tin
BAHAN KUAH:
1/4 tin susu pekat
1 tin susu cair
1 biji kuning telur
250 ml air
Sedikit esen vanila
CARA MENYEDIAKAN
1. Tepung kastard, air laici dan susu cair dicampur dan dimasak hingga pekat.
2. Sementara itu masukkan kek coklat yang dipotong-potong dalam bekas dan susun. Hiaskan dengan sedikit buah-buahan pilihan anda. Tuangkan kastard yang sudah pekat tadi di atas kek yang disusun.
3. Untuk kuahnya:
Campurkan semua bahan kuah dan kacau di atas api kecil sehingga mendidih. Tuangkan kuah di atas puding ketika menghidangkannya. Dalam gambar yang ditunjukkan puding ini disusun mengikut cita rasa sendiri.
No comments:
Post a Comment