Rendang Ikan
BAHAN-BAHAN:
1 kg ikan tenggiri
1 biji kelapa (parut)
2 sudu kecil serbuk kunyit
1 helai daun kunyit (mayang halus)
3 helai daun limau
Minyak masak
Garam dan gula
BAHAN KISAR:
10 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
10 tangkai cili padi
3 cm halia
2 cm lengkuas
2 batang serai
CARA MENYEDIAKAN:
1. Ikan digaul dengan kunyit dan goreng. Ketepikan.
2. Setengah biji kelapa parut dijadikan kerisik dan setengah biji lagi diambil santan. Ketepikan.
3. Tumis bahan kisar hingga garing kemudian masukkan santan, kerisik, daun kunyit, daun limau dan garam.
4. Kemudian masukkan ikan dan kacau hingga sebati.
No comments:
Post a Comment