Monday, November 29, 2010

Hidangan Biskut

Biskut Nestum Emping Jagung

Bahan-bahan A:

250 gm mentega
150 gm gula aising
50 gm shortening
1 biji kuning telur
1/2 sudu kecil garam

Bahan-bahan B:

400 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 cawan nestum - dikisar halus
1/2 cawan emping jagung - dikisar halus
1/2 cawan serbuk gajus

Bahan-bahan Hiasan:

Kuning telur
Nestum- dikisar halus
Emping jagung - dikisar halus

Cara Menyediakan:

1. Putarkan bahan-bahan A.

2. Masukkan bahan-bahan B dan digaul rata sehingga menjadi doh lembut.

3. Canai dan terap sebarang bentuk. Sapu kuning telur ke atasnya dan taburkan nestum dan emping jagung kisar.

4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius selama 12-15 minit atau sehingga masak.

Biskut Badam

Bahan-bahan:

1 biji kuning telur
180 gm mentega
180 gm tepung gandum
150 gm tepung jagung
113 gm gula aising
4 sudu besar badam kisar

Bahan Hiasan:

Kuning telur
Hirisan badam

Cara Menyediakan:

1. Putarkan mentega dengan gula hingga kembang.

2. Masukkan telur, tepung gandum, tepung jagung dan badam kisar kemudian uli rata hingga menjadi doh yang lembut.

3. Canai dan terap bulat atau sebarang bentuk. Sapu kuning telur dan hiaskan dengan hirisan badam.

4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius selama 12-15 minit atau sehingga masak

Peel Crescent Cookies

Bahan A:

125 gm mentega
25 gm shortening
1 biji kuning telur
80 gm gula kastor

Bahan B:

175 gm tepung gandum
1/4 sudu kecil baking powder
25 gm tepung ubi
20 gm tepung kastard
40 gm serbuk badam

Hiasan:

1 biji telur
50 gm kulit buah-buahan campuran

Cara Menyediakan:

1. Putar bahan A selama 4 minit.

2. Campurkan kesemua bahan B dan gaul hingga sebati. Canai dan terap ikut suka.

3. Sapukan telur di permukaan biskut dan taburkan kulit buah-buahan campuran.

4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius selama 18 minit.

Biskut Kuaci

Bahan-bahan:

100 gm mentega
70 gm gula perang
60 gm isi kuaci bunga matahari
130 gm tepung biskut (top)
20 gm tepung jagung
1/2 sudu kecil pes vanila mentega (butter vanilla paste)
1/2 sudu kecil garam
1 biji kuning telur yang kecil
1/4 sudu kecil emplex (perangup biskut)
100 gm cip coklat

Cara Menyediakan:

1. Dalam bekas mengadun, satukan mentega, gula perang, pes vanila mentega, garam, kuning telur dan emplex. Kacau hingga bercampur rata.

2. Masukkan kedua-dua jenis tepung, kuaci dan cip coklat. Gaul hingga sebati.

3. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar yang disapu mentega. Bakar pada suhu 160 darjah Celsius selama 15 ke 20 minit.

Swiss Star

Bahan-bahan:

250 gm mentega
4 sudu besar gula aising
1 cawan tepung jagung
1 3/4 cawang tepung gandum
1 biji putih telur
1 sudu kecil esen vanila

Cara Menyediakan:

1. Krim mentega dengan gula hingga putih dan kembang. Masukkan kedua jenis tepung yang sudah diayak bersama esen vanila, gaul rata.

2. Masukkan adunan ke dalam beg paiping menggunakan nozel bintang. Paipkan sedikit adunan ke atas dulang pembakar, ratakan dengan pisau kemudian paip lagi lingkaran mengelilingi dasar biskut, bakar hingga masak.

3. Sejukkan biskut di atas redai dan paikpan jem ditengahnya.

No comments:

Post a Comment