Monday, November 29, 2010

Puding Dua Seri


Bahan A:

180 gm gula halus
1 1/2 sudu besar agar-agar serbuk
500 ml air

Bahan B:

150 ml susu segar
150 ml santan

Bahan C:

1 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar air

Bahan D:

1 mangkuk cendol

Bahan E:

200 gm gula merah
50 gm gula halus
1 1/2 sudu besar agar-agar serbuk
500 ml air

Bahan F:

150 ml susu segar
150 ml santan
2 biji kuning telur

Cara Menyediakan:

1. Masak bahan A hingga mendidih, masukkan bahan B, didihkan lagi.

2. Masukkan bahan C (yang sudah dibancuh terlebih dahulu), didihkan lagi kemudian masukkan cendol lalu dituang ke dalam loyang.

3. Masak bahan E, biarkan mendidih baru masukkan bahan F. Didihkan lagi.

4. Tuangkan perlahan-lahan ke adunan dalam loyang. Pastikan adunan di dalam loyang itu sudah hampir keras.

No comments:

Post a Comment