Sunday, November 28, 2010

Bihun Kuah Lemak

Bahan-bahan:

1 bungkus bihun - direndam
50 gm tauge
50 gm tauge hijau
200 gm udang basah - dibuang kulit
3 keping tauhu - dipotong dadu dan digoreng
1 biji kelapa - ambil 2 mangkuk santan
3 keping asam gelugur
2 batang serai - dititik
1 sudu besar bawang goreng
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Sambal:

100 gm cili kisar
100 gm udang kering
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 cawan minyak
Sedikit garam jika suka

Bahan Tabur:

3 biji telur - direbus dan dipotong nipis
4 biji limau kasturi - dibelah dua
Daun sup - dihiris halus
Daun bawang - dihiris halus
1 tangkai cili merah - dimayang
Bawang goreng secukupnya

Cara Menyediakan Sambal:

1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan. Kacau dan biarkan pecah minyak. Asingkan sedikit untuk tabur atas, manakala yang selebihnya dibahagi dua. Sebahagian dibiarkan di dalam kuali sementara sebahagian dimasukkan ke dalam periuk.

Cara Menyediakan Kuah:

1. Di dalam periuk yang berisi sambal tadi, masukkan santan, asam keping, serai, udang, garam dan gula. Biarkan mendidih, masukkan bawang goreng dan angkat. Ketepikan.

2. Panaskan baki sambal yang dibiarkan di dalam kuali. Masukkan satu cawan air, biarkan mendidih, masukkan bihun dan tauhu kemudian kacau rata. Bila bihun lembut, masukkan kedua-dua jenis tauge, kacau hingga rata dan angkat.

3. Untuk menghidang, masukkan bihun ke dalam pinggan, hiaskan dengan hirisan telur, daun sup, daun bawang dan cili merah. Perahkan jus limau kasturi dan tabur bawang goreng. Akhir sekali tuangkan kuah. Jika ingin lebih pedas, tambahkan sedikit sambal.


No comments:

Post a Comment