Onde-onde @ Buah Melaka
Bahan-bahan:
* 1 bungkus Tepung Pulut
* 1 cawan Tepung Gandum
* Sesudu garam
* Air secukupnya
* Kelapa parut
Inti:
* Gula Melaka (parut)
* kelapa parut & gula
Cara-cara:
Campurkan kesemua tepung tadi dengan air dan garam sehingga menjadi doh. Gentelkan sebesar biji guli dan masukkan inti. Buatkan bulat-bulat dan rebus dalam air yang mendidih. Bebola akan timbul jika sudah masak. Ambil bebola tadi dan salutkan dengan kelapa parut.
Untuk inti kelapa:
gorengkan kelapa tanpa minyak sekejap dan gaulkan dengan gula atau gula apong.
No comments:
Post a Comment