Sunday, November 28, 2010

Mi Tomato


Bahan-bahan:

1 kg mi kuning atau 1 kg kue teow - dicelur

Bahan Kuah:

1 kilo tulang daging lembu
200 gm daging lembu
2 tin sup tomato
6 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
Sedikit daun saderi dan daun bawang
2 - 3 sudu besar cili kisar
150 gm udang
Garam secukup rasa

Cara Menyediakan:

1. Rebus tulang dan daging dengan sedikit halia sehingga empuk. Daging dikeluarkan untuk hiasan.

2. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu dan masukkan cili kisar. Tumis hingga garing.

3. Masukkan udang. Biarkan hingga udang tiga suku masak.

4. Masukkan air rebusan dan tulang-tulang tadi.

5. Masukkan sup tomato, batang daun bawang dan batang daun saderi. Bila sudah mendidih, masukkan garam.

6. Akhir sekali masukkan sedikit bawang goreng.

Untuk Hiasan:

5 keping tauhu - digoreng dan dihiris
5 biji limau kasturi - dibelah dua
2 biji cili merah - dihiris
1 biji lada hijau
Bawang goreng, daun saderi dan daun bawang

Cara Menyediakan:

1. Taburkan bahan-bahan hiasan di atas mi dan curahkan kuah sup tomato. Akhir sekali perahkan limau kasturi di atas mi.

No comments:

Post a Comment