Hidangan Nasi
Nasi Daging Ala Pakistan
Bahan-bahan:
1 kg daging bercampur lemak
1 kg beras basmati - basuh dan tuskan
1 paket serbuk beriani
1 paket rempah daging
2 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang merah - dikisar
1/2 inci halia - dikisar
1/2 tin kecil minyak sapi
1 tin susu cair
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
Garam secukup rasa
Cara Menyediakan:
1. Daging direbus sampai lembut. Sementara itu tumiskan rempah beriani dan rempah daging dengan bahan-bahan kisar sampai wangi dengan sedikit minyak sapi.
2. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Kacau seketika.
3. Masukkan daging yang telah direbus bersama air rebusannya sekali ke dalam tumisan rempah. Didihkan untuk seketika.
4. Selepas sup tadi mendidih, tuangkan ke dalam beras yang telah dibasuh bersih (ikut sukatan beras). Masukkan garam.
5. Masukkan susu cair dan 1/2 tin minyak sapi. Gaulkan sebati dan tanak hingga masak.
Nota: Hidangkan nasi ini dengan sayur-sayuran berasam dan ayam goreng. Untuk sayur berasam, anda memerlukan 2 biji tomato, 2 biji timun, sebiji lada benggala, sedikit daun ketumbar dan jus daripada sebiji limau nipis. Sayur-sayuran dipotong kecil, dan gaul dengan jus limau.
Nasi Aneka rasa
Bahan A:
1 1/2 cawan beras
1 cawan makaroni Buitoni
1/2 cawan sayur campuran
Bahan Cincang:
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 cm halia
50 gm udang
Bahan B:
1/2 kiub pati ayam
1 sudu kecil sos tiram
1 sudu kecil sos cili
1 sudu kecil sos tomato
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 cm kulit kayu manis
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan air mineral
2 sudu besar minyak sapi
Garam secukup rasa
Bahan Hiasan:
2 sudu besar bawang goreng
2 sudu besar kismis
2 tangkai daun ketumbar
2 helai daun salad
Cara Menyediakan:
1. Basuh dan tuskan beras.
2. Rebus makaroni dan tuskan.
3. Panaskan minyak sapi dan tumis bahan cincang.
4. Masukkan pula bahan B, kacau sebati dan biarkan sehingga mendidih.
5. Kemudian masukkan beras dan masak sehingga kering airnya.
6. Masukkan pula makaroni dan sayur campuran, kacau sebati dan biarkan sehingga nasi masak.
7. Setelah masak, hias dan hidangkan panas
Nasi Ayam Claypot
Bahan-bahan:
300 gm beras - bersih dan tuskan
750 gm air rebusan ayam
500 gm daging paha ayam - dipotong kecil
20 gm cendawan shitake - direndam dan potong dua
2 cm isi ikan masin - dipotong nipis dan digoreng garing
20 gm halia muda - dihiris nipis
Bahan-Bahan Perap:
20 ml kicap cair
20 ml sos tiram
10 ml kicap pekat
10 ml minyak bijan
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil tepung jagung
Bahan-bahan Hiasan:
1 tangkai daun bawang - dihiris halus
1 tangkai cili merah - dihiris
Cara Menyediakan:
1. Gaulkan ayam dan cendawan dengan bahan-bahan perap dan ketepikan selama 30 minit.
2. Masukkan beras dan air rebusan ayam ke dalam mangkuk tanah, tutup mangkuk dan jerang di atas api sehingga mendidih. buka penutup mangkuk, kacau kemudian kecilkan api dan biarkan hingga air kering.
2. Masukkan ayam dan cendawan yang diperap tadi ke dalam mangkuk, tutup semula mangkuk dan masak dengan api yang kecil sehingga nasi masak dan daging ayam empuk. Padamkan api.
3. Taburkan ikan kering ke atas nasi dan biarkan selama 10 minit lagi kemudian baru digemburkan nasi supaya tidak berketul. Taburkan hirisan daun bawang dan cili merah kemudian hidang panas-panas.
Nasi Jambalaya Berudang
Bahan-bahan:
4 keping bakon lembu atau ayam
120 gm sosej lembu atau ayam
1 labu bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dicincang
1/2 sudu kecil daun thyme
350 gm udang
2 sudu besar minyak zaitun
1 biji lada benggala kuning dan hijau
1 cawan stok ayam - panaskan
1 sudu kecil sos tabasco
1/2 sudu kecil paprika
3 biji tomato
1 batang seleri - dipotong kecil
Garam dan lada sulah secukup rasa
Cara Menyediakan:
1. Rendam tomato ke dalam air panas selama satu minit kemudian kopek kulitnya dan cincang halus.
2. Panaskan minyak zaitun di dalam kuali bertutup dan goreng bakon serta sosej sehingga masak, angkat dan tuskan minyaknya.
3. Jika minyak yang tinggal sedikit, tambah lagi dan tumis bawang besar serta bawang putih hingga naik bau.
4. Masukkan tomato cincang, seleri dan daun thyme kacau lagi selama lima minit.
5. Masukkan beras yang telah dibasuh, diikuti garam dn lada hitam, balik-balikkan sehingga rata.
6. Tuangkan stok ayam dan biarkan sehingga mendidih selama lima minit dan tutup kuali.
7. Akhir sekali masukkan udang bakon, sosej serta renjiskan sos tabasco dan paprika, kecilkan api dan biarkan sehingga masak.
Nasi Tomato Badam
Bahan-bahan:
1 kg beras Basmati - cuci dan tuskan
5 ulas bawang merah - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
3 cm halia - dimayang
2 helai daun pandan
1 1/4 sudu besar tomato puri
1 1/4 sudu besar sos tomato
2 biji tomato - dibelah enam
Air secukupnya - sama banyak dengan sukatan beras
1/2 cawan santan
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Rempah kering:
5 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
Bahan-bahan hiasan:
Badam - digoreng
Bawang goreng
Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, daun pandan dan rempah kering. Kacau hingga naik aromanya.
2. Masukkan tomato puri, sos tomato dan buah tomato. Kacau hingga rata dan masukkan air, santan, garam dan gula. Biarkan mendidih.
3. Masukkan beras dan perlahankan api kemudian kacau hingga rata.
4. Bila air kering, kacau sekali lagi dan tutup periuk. Kemudian biarkan nasi masak.
5. Taburkan badam dan bawang goreng sewaktu menghidang.
No comments:
Post a Comment