Monday, November 29, 2010

Hidangan Kuih-muih

Blueberry Struddle

Bahan-bahan:

300 gm tepung gandum
200 gm pastri marjerin - dipotong dadu
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula halus
1 sudu besar marjerin
150 ml air

Bahan Hiasan:

Inti blueberi secukupnya
Kuning telur
Kuaci yang dibuang kulitnya

Cara Menyediakan:

1, Campurkan kesemua bahan kecuali pastri marjerin dan bahan hiasan, gaul rata. Uli sehingga sebati dan menjadi doh yang lembut.

2. Perap selama setengah jam. Kemudian canai doh memanjang. Taburkan pastri marjerin di bahagian tengah, kemudian lipat ke tengah kedua-dua bahagian hujung doh.

3. Lipat ke tengah lagi di kedua-dua bahagian hujung doh hingga menjadi kepingan doh segi empat sama.

4. Canai memanjang (bahagian yang tidak berlapis) doh sehingga separuh nipis.

5. Lipat ke tengah di kedua-dua bahagian hujung seperti tadi. Lipat lagi ke tengah di kedua-dua bahagian hujung sehingga menjadi kepingan segi empat sama.

6. Rehatkan doh di dalam peti sejuk selama setengah jam.

7. Kemudian canai memanjang (bahagian berlapis), tandakan bahagian tengahnya (sebagai tanda kepingan tersebut dibahagi dua bahagian, tetapi jangan dipotong).

8. Letakkan inti blueberi pada satu bahagian manakala satu bahagian lagi dipotong dengan rol pemotong untuk membentuk corak.

9. Lipatkan bahagian yang dipotong bercorak ke bahagian yang dipenuhi inti blueberi dan kemaskan bahagian tepinya.

10. Sapukan permukaan struddle dengan kuning telur dan taburkan kuaci sebelum dibakar sehingga masak.

Paf Barbeku

Bahan-bahan Inti:

600 gm paha ayam - dicincang kecil
150 gm sos tiram
50 gm serbuk pati ayam
50 sudu kecil tepung kanji - dibancuh dengan sedikit air

Bahan Pastri:

500 gm tepung Hong Kong (boleh didapati di kedai menjual bahan-bahan kek dan pastri)
300 gm marjerin
2 biji telur

Hiasan:

Bijan hitam
Kuning telur

Cara Menyediakan:

1. Untuk menyediakan inti, masak daging ayam bersama sos tiram dan stok pati ayam sehingga masak.

2. Kemudian campurkan dengan bancuhan tepung kanji untuk melikatkannya dan ketepikan.

3. Untuk menyediakan pastri, campurkan tepung hong kong, marjerin dan telur. Uli sehingga sebati dan menjadi doh yang lembut. Bahagikan kepada doh-doh kecil.

4. Canai setiap doh menjadi bentuk bulat dan masukkan sedikit inti dan lipat segi tiga.

5. Sapukan permukaan pastri dengan kuning telur dan taburkan biji hitam.

6. Bakar selama 15 minit pada suhu 200 darjah Celsius.

Talam Tapai Ubi

Bahan Lapisan Bawah:

300 gm tepung beras
200 gm gula kasar
1,200 ml santan cair
5 biji telur
5 bungkus kecil tapai ubi - dikisar
1 sudu pewarna kuning
1/2 sudu kecil garam

Cara Menyediakan:

1. Kacau rata telur, gula dan garam.

2. Masukkan tapai, tepung beras, pewarna kuning dan santan. Gaul hingga kesemua bahan sebati.

3. Kacau adunan di atas api perlahan sehingga naik wap, dan tuangkan ke dalam loyang bersaiz 28 cm. Kukus selama 20 minit.

Bahan Lapisan Atas:

300 gm gula kasar
120 gm tepung gandum
1050 ml santan pekat yang diperah daripada 1 1/2 biji kelapa
8 biji telur
2 sudu besar air mawar
Sedikit pewarna merah jambu
1 sudu kecil garam

Cara Menyediakan:

1. Telur dan gula dikacau sehingga rata, kemudian masukkan tepung gandum, santan, pewarna dan air mawar. Kacau lagi hingga sebati lantas ditapis.

2. Dengan api perlahan, kacau adunan sehingga naik wap lalu dituangkan atas lapisan bawah tadi. Kukus lagi selama 15 minit atau sehingga masak.

3. Biarkan talam benar-benar sejuk sebelum dipotong.

Talam Keladi Siam


Bahan-bahan Lapisan Bawah:

1 1/4 kg keladi
1/4 sudu kecil pewarna ungu
100 gm tepung gandum
Sedikit garam

Bahan-bahan Lapisan Atas:

5 biji telur
570 gm santan pekat
200 gm gula pasir
100 gm gula melaka
90 gm tepung gandum
1 sudu besar pewarna coklat
Sedikit garam

Cara Menyediakan:

1. Untuk membuat lapisan bawah, keladi dibuang kulitnya kemudian dipotong kecil dan rebus bersama garam, pewarna ungu dan air secukupnya. Bila empuk, lecek sehingga halus sebelum digaul dengan tepung gandum sehingga sebati.

2. Masukkan ke dalam loyang, ratakan dengan plastik dan kukus selama 10 minit. Ketepikan.

3. Untuk membuat lapisan atas, masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk besar dan dikacau sebati sebelum ditapis.

4. Tuangkan ke dalam periuk lalu dikacau tanpa henti di atas api yang kecil sehingga naik wap, kemudian tuangkan ke atas lapisan keladi.

5. Kukus hingga masak. Sejukkan sebelum memotong dan dihidangkan.

Angku Keledek

Bahan Inti:

200 gm kacang hijau (spit green pea) - rendam beberapa jam
130 gm gula kastor
3/4 sudu kecil garam
3 sudu besar minyak

Cara Menyediakan:

1. Kukus kacang hijau hingga lembut, kemudian kisar bersama gula, garam dan minyak. Bentuk bulat-bulat.

Bahan Kulit:

250 gm tepung pulut
200 gm keledek kuning
4 sudu besar minyak
130 ml air panas

Cara Menyediakan:

1. Campurkan semua bahan dan uli hingga lembut dan bentuk bulat-bulat mengikut bilangan intinya.

2. Ambil sebiji adunan, isi inti dan masukkan ke dalam acuan angku, tekan dan ketuk keluar.

3. Letak atas daun pisang yang dipotong kecil, aturkan ke dalam kukusan dan kukus hingga masak.

4. Apabila masak sapu minyak ke atas angku agar berkilat.

No comments:

Post a Comment