Monday, November 29, 2010

Ayam Bee Steak


Bahan-bahan:

300 gm ayam - dipotong kecil
1 sudu kecil lada hitam - dikisar halus
3 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 labu bawang besar - dimayang bulat
1 batang serai - dititik
2 cawan air
20 gm suun
5 sudu besar kicap pekat
Minyak untuk menumis

Cara Menyediakan:

1. Lumurkan ayam bersama lada hitam, bawang putih dan bawang merah. Biarkan untuk seketika.

2. Panaskan minyak, goreng ayam tadi separuh masak barulah dimasukkan serai, kicap dan air.

3. Setelah mendidih, masukkan bawang besar, suun dan biarkan lagi sehingga mendidih. Tambahkan sedikit garam jika perlu. Angkat dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment