Monday, November 29, 2010

Hidangan Kek

Flan Buah Campuran

Bahan-bahan:

1 biji kek span
500 gm susu segar
60 gm gula
1 titis esen vanila
20 gm tepung
3 biji telur
16 gm tepung jagung

Hiasan:

200 gm potongan buah pic dalam tin
100 gm potongan buah pear
500 gm jelifix

Cara Menyediakan:

1. Atas api yang perlahan, didihkan susu segar, gula dan esen vanila.

2. Sementara itu, campurkan telur dengan kedua-dua tepung, kacau sebati.

3. Tuangkan adunan tepung tadi perlahan-lahan ke dalam periuk berisi susu didih tadi.

4. Kacau hingga sebati dan pekat. Angkat dan sejukkan.

5. Tuangkan adunan yang telah disejukkan di atas kek.

6. Tutup kek dengan hirisan buah-buahan hiasan.

7. Sapukan dengan jelifix, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Mafin Renai

User Rating: / 9
PoorBest

Bahan-bahan:

225 gm mentega
280 gm gula halus
3 biji telur
530 gm tepung superfine (paling halus)
25 gm serbuk penaik
315 gm susu segar
150 gm cip coklat

Cara Menyediakan:

1. Putar mentega dan gula halus sehingga kembang.

2. Masukkan telur sebiji demi sebiji, sambil adunan diputar perlahan.

3. Masukkan sedikit demi sedikit tepung yang diayak bersama serbuk penaik, sambil adunan terus berputar perlahan.

4. Akhir sekali, masukkan susu segar dan cip coklat, kacau sebati secara manual.

5. Masukkan adunan ke dalam acuan, bakan selama 18 minit pada suhu 200 darjah Celsius.

Span Lapis Kacang Merah

Bahan Kek Span:

250 gm tepung sponge mix
4 biji telur gred A
50 ml air
50 gm mentega yang dicairkan

Cara Menyediakan:

1. Pukul kesemua bahan (kecuali mentega cair) hingga gebu.

2. Masukkan mentega cair dan kaup balik hingga sebati. Masukkan adunan ke dalam acuan berukuran 16x16cm.

3. Bakar hingga masak. Setelah sejuk, potong kepada tiga lapisan.

Bahan Krim:

130 gm gula pasir
1 sudu kecil jeli segera
1 sudu kecil serbuk agar-agar
3 sudu besar puri kacang merah
800 ml santan
Sedikit garam
40 gm tepung jagung

Cara Menyediakan:

1. Satukan kesemua bahan dan kacau di atas api yang perlahan hingga pekat.

2. Lapiskan di atas kepingan kek dan sejukkan di dalam peti sejuk.

Kek Coklat Kukus

Bahan-bahan:

250 gm mentega tanpa garam
1 1/4 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula kastor
1 cawan gula perang
3/4 cawan serbuk koko
1 sudu kecil esen vanila
4 biji telur gred B
1 cawan susu segar suam - dipanaskan jangan sampai mendidih

Topping:

500 gm coklat masakan
400 gm krim putar
Parutan coklat masakan

Cara Menyediakan:

1. Ayak tepung dengan serbuk koko. Ketepikan.

2. Pukul mentega dengan kedua-dua gula hingga gebu.

3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi hingga kembang.

4. Masukkan esen vanila. Pukul lagi.

5. Tuangkan susu suam sedikit demi sedikit di bibir mangkuk. Tuang perlahan-lahan dan pukul lagi hingga sebati.

6. Masukkan tepung dan serbuk koko dan pukul lagi hingga gebu.

7. Tuangkan ke dalam bekas pembakar, tutup dengan aluminium foil. Ikat sekeliling bekas dengan tali.

8. Kukus selama 1 1/2 jam dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu.

9. Setelah masak, sejukkan. Kemudian potong kek menjadi lapisan dan tuangkan topping di atas lapisan bawah dan letakkan lapisan atas. Akhir sekali, tuang topping pada keseluruhan kek dan taburkan parutan coklat di atasnya.

Kek Coklat Pandan Kukus

Bahan-bahan:

500 cc putih telur
60 cc susu sejat
225 gm gula kastor
300 gm tepung gandum
150 gm mentega cair atau minyak jagung
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu kecil minyak mentega (butter oil)
1 sudu kecil ovelette
Sedikit pewarna coklat
1 sudu kecil emulco coklat
1 sudu kecil pewarna hijau
1/2 sudu kecil pes pandan

Cara Menyediakan:

1. Pukul putih telur hingga kembang dan masukkan gula sedikit demi sedikit diikuti susu, vanila, ovelette, tepung dan garam. Pukul berterusan hingga naik dan pekat.

2. Tuangkan minyak mentega lalu hentikan mesin pengadun untuk dikacau.

3. Bahagikan adunan kepada dua bahagian; satu bahagian dicampurkan pewarna hijau dan pes pandan, manakala satu lagi dengan campuran pewarna coklat serta emulco coklat.

4. Panaskan kukusan. Sediakan acuan segi empat berukuran 28 cm, tuangkan adunan hijau berselang-seli dengan coklat. Kukus selama 30 hingga 35 minit hingga masak.

No comments:

Post a Comment