Bahan-bahan:
250 gm cous cous
1 liter susu segar
1/4 liter air
1 sudu kecil minyak zaiton
3 sudu mentega
175 gm gula
Cara Menyediakan:
1. Jerang air hingga mendidih kemudian masukkan gula dan minyak zaiton. Kacau sehingga gula larut dan masukkan cous cous. Kacau dan biarkan selama 2-3 minit.
2. Masukkan mentega dan kacau sehingga rata. Kecilkan api dan biarkan selama tiga minit lagi sebelum dituangkan ke dalam dulang. Ratakan dan biarkan sehingga sejuk.
3. Potong sebelum menghidang.
No comments:
Post a Comment