Sunday, November 14, 2010

Resepi KARI IKAN BAWal

Bahan-Bahan:

3 ekor ikan bawal hitam dikerat dua

1 biji kelapa

5 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

2 inci halia

1 pekat rempah kari ikan

2 biji terung

1 sudu teh halba campur

Sedikit asam jawa

Sedikit garam

Cara:

Bersihkan ikan dan ditoskan.

Perahkan santan kelapa dan asingkan patinya.

Tumiskan halba campur bersama bawang merah, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk halus.

Apabila sudah garing masukkan serbuk kari dan biarkan seketika sehingga pecah minyak.

Masukkan santan dan perahan air asam jawa bersama-sama terung.

Apabila menggelegak masukkan ikan dan biarkan seketika sehingga masak.



No comments:

Post a Comment