Friday, November 19, 2010

mi bandung


bahan-bahan:

600gm mi kuning
100gm daging
100gm isi ayam
100gm udang
3-4 biji bawang besar
3-4 ulas bawang putih
*sedikit udang kering (direndam dengan air panas)
2-3 senduk cili blender (ikut pedas)
3/4-1 cawan tomato sos
2 liter air
sawi
3-4 biji telur
gula
garam
3-4 sudu besar tepung gandum (pemekat)
2 tangkai cili merah dihirisbawang goreng

Cara
  1. Daging dan isi ayam di potong dadu dan dibersihkan.
  2. Blender bawang besar, bawang putih dan udang kering.
  3. Panaskan minyak.
  4. Tumiskan bawang dan cili sehingga garing.
  5. Masukkan sos tomato.
  6. Masukkan daging dan ayam. Kacau2 sebentar.
  7. Masukkan air. Biar sehingga mendidih.
  8. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  9. Masukkan udang.
  10. Pecahkan telur satu persatu.
  11. Setelah telur masak, masukkan sawi.
  12. Ambil 3-4 sudu tepung gandum bancuhkan dengan air(pekat seperti tepung goreng pisang).
  13. Masukkan ke dalam kuah tadi sambil kacau rata. Boleh lebihkan/kurangkan bancuhan tepung ini mengikut kepekatan kuah yang dimahukan.
  14. Biar mendidih dan tutup api.
  15. Hidangkan bersama mi yang telah dicelur, cili hiris dan bawang goreng

No comments:

Post a Comment