Resepi MUFFIN CHOCOLATE CHIP
Bahan:
110 g butter
210 g gula perang
3 biji telur
1 s/t esen vanilla
375 tepung gandum
2 s/t baking powder
2 s/b serbuk koko
300 ml fresh milk
100 g coklat chip digaulkan dgn 1 s/b tepung untuk mengelakkan coklat tenggelam
Caranya:
1. Panaskan oven 180′C .
2. Pukul butter dan gula sehingga kembang dan ringan.
3. Masukkan telur satu persatu. Masukkan esen vanilla.
4. Ayakkan tepung, baking powder dan serbuk koko,
5. Masukan tepung dan susu berselang seli.
6. Masukkan coklat chip dan gaulkan rata.
7. Masukkan adunan dalam acuan kertas dan letakkan dalam tin/loyang muffin.
8. Bakar selama 20 minit.
9. Apabila sudah masak, sejukkan dan simpan.
No comments:
Post a Comment