Monday, November 1, 2010

Bahan-Bahan:

500 gm siput belitung - dipotong hujung dan dibersihkan

5 biji pisang muda

3 cawan santan

1 cawan air

2 keping asam gelugur

1 helai daun kunyit

Garam secukupnya

Dikisar:

5 ulas bawang merah

4 cm kunyit

2 sudu besar udang kering

2 cm belacan

Caranya:

1. Pisang muda disiat kulitnya, dipotong dan direndam di dalam air bercampur garam.

2. Sediakan sebuah periuk, masukkan siput bersama air, daun kunyit, asam gelugur, pisang muda dan bahan kisar. Masak sehingga pisang empuk.

3. Tuangkan santan dan masukkan garam, kecilkan api sambil dikacau sehingga kuah mendidih.

No comments:

Post a Comment