Monday, November 1, 2010

sambal sotong

ekor sotong kurita (basah)

2 biji bawang besar (dipotong bulat)

2 ulas bawang putih (mayang halus)

2 biji bawang merah/kecil (dimayang halus)

¼ cawan air asam jawa

1 cawan kacang tanah - digoreng dan dikisar kasar.

Garam dan Gula secukup rasa

Bahan-Bahan Dikisar:-

5 biji bawang merah/kecil

3 biji bawang putih

30 batang cili kering

Sedikit belacan

Cara:

1. Bersihkan sotong tersebut dan toskan.

2. Panaskan minyak. Tumiskan dahulu bahan-bahan yang telah dimayang halus tadi sehingga naik bau. Setelah itu, masukkan pula bahan-bahan yang telah dikisar.

3. Pastikan ianya dikacau sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan sotong dan kacau semula.

4. Apabila agak sebati, masukkan pula air asam jawa, gula, garam secukup rasa dan bawang besar (dipotong bulat).

5. Masukkan kacang goreng yang telah dikisar kasar ke dalam sambal sotong. 

No comments:

Post a Comment