Thursday, November 4, 2010

masak udang butter

Bahan A

600 gm udang besar

1 camt. gula

1 camt. garam

1/2 camt. lada hitam

1 camt. minyak bijan

Bahan B

3 cam besar tepung jagung

1 cam besar serbuk kari ikan

Bahan C

3 biji kuning telur

1 cam besarsusu cair

1/2 camt. garam

1/4 camt. serbuk lada hitam

2 cam besar butter

1 cam besar bawang putih - dicincang

2 cam besar cili padi - dicincang

1 cam besar daun kari - dicincang

2 cam besar butter

Bahan Perisa:

1 cam besar sos tiram

1/2 cam besar gula

1/4 cam besar serbuk lada hitam

Cara-Cara:

Bersihkan udang, buangkan kakinya dan keringkan dengan menggunakan kitchen towel.

Perap udang dengan bahan A selama 20 minit.

Campurkan bahan B dan masukkan udang yang telah diperap. Gaul rata. Goreng terendam udang tadi sehingga masak dan tuskan minyaknya.

Gaul rata bahan C. Ketepikan. Panaskan kuali, masukkan butter.

Kemudian, masukkan bahan C. Kacau campuran C dengan cepat untuk mendapatkan telur goreng yang halus dan rangup. Angkat dari kuali.

Panaskan kuali dengan 2 cam besar butter.

Goreng bawang putih, cili padi dan daun kari hingga wangi.

Masukkan udang dan bahan perisa.

Gaul rata sebelum dimasukkan telur goreng tadi.

Gaul rata dan hidangkan semasa panas. 

No comments:

Post a Comment